Saturday, January 9, 2010

Wakil Fassma dan UTP ke Misi Kemanusiaan ke Padang, Indonesia









Assalamualaikum w.b.t,,

alhamdulillah..pada 7 Januari 2009, kami dari delegasi Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Ke Padang Telah mengadakan sesi pertemuan dengan Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin HAji Kasim, Rektor Universiti Teknologi Petronas yang merupakan orang yg paling tinggi di UTP.

Sesi pertemuan dengan beliau berlangsung selama 40 minit di bilik mesyuarat Pusat Pentadbiran UTP.
Dalam pertemuan itu,

1) Pengarah Projek, Saudara Mohf Akram bin Ismail, Presiden Rakan Masjid UTP telah membentangkan berkenaan objektif misi kemanusiaan ke Padang.,

2) Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin Haji Kasim amat-amat bersetuju dengan program yang telah dilaksanakan kami kerana membawa nama UTP ke mata dunia.

3) Delegasi ini juga akan berusaha membina pusat informasi dan media di tempat kajian sebagai salah satu usaha membangunkan kawasan tersebut..

Dalam pertemuan itu juga, kami telah melancarkan banner rasmi yang akan digunakan sepanjang program di sana....



dari kiri, Syawal (RCSU), Muid (MPPUTP), Dr. Raja (lecturer), Mohd Hakim (Alumni UTP), Mohd Akram (Presiden Rakan Masjid), Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin HAji Kasim (Rektor UTP), Tn Haji Mohamed Noor Rosli Baharom ( Director Student Services), Ustaz Rahmat ( Eksekutif MAsjid Annur), Mu'min (Rakan MAsjid), Abdul Hadi ( bekas Presiden SRM)


No comments:

Post a Comment