Thursday, December 31, 2009

Mesyuarat Bersama Recruit

       
           Alhamdulillah, pada smalam, 31.12.2009 kami berjaya dengan jayanya mengadakan mesyuarat rasmi bersama recruit FASSMA buat kali pertama dan julung-julung kalinya. Seramai 11 muslimin dan12 muslimat dari batch #0509 telah terpilih  menjadi recruit FASSMA buat julung kalinya. Walaupun kami tidak mendapat kehadiran penuh pada hari semalam, melihat wajah2 yang hadir sudah cukup untuk kami menaruh harapan kepada mereka dalam melaksanakan agenda Fassma seterusnya. Kami yakin semua ahli Fassma yang baru akan memberikan komitmen yang sepenuhnya pada masa akan datang.

              Di permulaan mesyuarat, kami dipertontonkan dengan sedikit montaj yang simple lagi ringkas yang telah disediakan tentang Fassma. Kemudian, mesyuarat diteruskan lagi dengan diketuai Pengarah Fassma, Nik Muhd. Arif. Recruit Fassma didedahkan dengan segalanya tentang Fassma-dari idea penubuhan, objektif, organisasi hinggalah ke aktiviti yang telah dan akan kami jalankan pada tahun hadapan. Sebelum itu, kami taaruf sesama kami, kata orang tak kenal maka tak cinta.

read more to know more...




                Kemudian, recruit2 mengisi borang pendaftaran sebagai ahli Fassma. Dengan terisinya borang itu, maka dengan rasminya mereka telah menjadi ahli Fassma, tertakluk kepada Perlembagaan Fassma. Bagi memudahkan urusan teknikal, mereka mengadakan sedikit undian untuk memilih Ketua dan Penolong untuk kumpulan recruit itu.

               Pengarah Fassma memberikan mereka satu task untuk recruit baru, di mana mereka perlu berpakat dan menganjurkan satu program untuk pelajar2 Tingkatan 2 di sekolah-any program mengikut kreativiti masing2. Di akhir mesyuarat, Pengarah mengumumkan Ketua dan Penolong berdasarkan undian mereka.
Dan dengan itu, Faizal dan Atikah masing2 terpilih menjadi Ketua dan Penolong.

          Sebelum mesyuarat bersurai, semua recruit baru menyampaikan isi hati masing2 tentang Fassma dan harapan mereka. Ramai yang berjanji akan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap mana-mana aktiviti Fassma di masa hadapan. Melihat kepada jawapan dari sudut hati mereka juga, kami yakin mereka tidak akan mengsia-siakan harapan kami terhadap mereka. Dan kami yakin itu.

            Dan lebih kurang pukul 12.30 tengahari, majlis bersurai manakala Fassma Hicom n Secretariat meneruskan mesyuarat berkenaan Fassma Planner pada tahun hadapan.

               Dari hati kami, kami berharap agar recruit2 Fassma dapat sama-sama bergerak untuk Fassma bukan untuk setahun, dua tahun, tapi untuk selama-lamanya selagi nyawa masih dikandung badan untuk menegakkan syiar Islam di sekolah dan di seluruh dunia. Kami juga berharap agar ukhwah antara kita terus utuh di kalbu, walaupun tidak bersua muka. Dan ingatlah adik2 bahawa kami tidak memandang keupayaanmu bedasarkan umurmu. You are stronger than your age if you know.

Appendices : 




~~Majulah Fassma Untuk Smach~~
.

No comments:

Post a Comment