Thursday, December 31, 2009

Islam will Dominate the World


this video shows the population of the world today..
n it is shown that
Islam the most growing religion in Europe now..
so, my friends..
La Tahzan..
there is many of our Ikhwan out there...
we are..
n you are..
 not alone in this world...
keep moving..
spreads the world
of Qalamullah..
to the entire world...
never stop..
until ur breath stop..
insya Allah...
.

Mesyuarat Bersama Recruit

       
           Alhamdulillah, pada smalam, 31.12.2009 kami berjaya dengan jayanya mengadakan mesyuarat rasmi bersama recruit FASSMA buat kali pertama dan julung-julung kalinya. Seramai 11 muslimin dan12 muslimat dari batch #0509 telah terpilih  menjadi recruit FASSMA buat julung kalinya. Walaupun kami tidak mendapat kehadiran penuh pada hari semalam, melihat wajah2 yang hadir sudah cukup untuk kami menaruh harapan kepada mereka dalam melaksanakan agenda Fassma seterusnya. Kami yakin semua ahli Fassma yang baru akan memberikan komitmen yang sepenuhnya pada masa akan datang.

              Di permulaan mesyuarat, kami dipertontonkan dengan sedikit montaj yang simple lagi ringkas yang telah disediakan tentang Fassma. Kemudian, mesyuarat diteruskan lagi dengan diketuai Pengarah Fassma, Nik Muhd. Arif. Recruit Fassma didedahkan dengan segalanya tentang Fassma-dari idea penubuhan, objektif, organisasi hinggalah ke aktiviti yang telah dan akan kami jalankan pada tahun hadapan. Sebelum itu, kami taaruf sesama kami, kata orang tak kenal maka tak cinta.

read more to know more...


Saturday, December 26, 2009

Allah Knows What da Best 4 Us



وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah: 216)

Monday, December 21, 2009

Rehlah Bersulamkan Ukhwah



           Pada 16&17 Disember yang lepas, geng2 Fassma yang terdiri daripada 6 muslimat n 7 muslimin telah bercuti sambil bermesyuarat d HB Village, PCB. Antara ahli Fassma yg hadir adlh :
Muslimin : Ayeh, Azmi, Gowe, Nasa, Choy, Zulhelmi, dan ahli baru, Syahir.
Muslimat : Afifah, Ain, Hayana, Zaleha, Haziqah, Radiah.
                 Pada hari pertama, kami berkumpul d Stesen Bus KB dan bertolak ke resort. Lepas check in, kami solat berjemaah dan lunch. Selepas lunch, maka bermulalah aktiviti kami. LDK kami yg pertama ialah taaruf antara ahli. Setiap ahli dikehendaki melukis satu gambar objek yang mewakili diri mereka. Dengan Azmi sbg moderator, setiap dr kami memperkenalkan diri dan memberitahu burday date sahabat2 yg lain. Kami juga dikehendaki meneka gambar milik siapakah yg kita dpt. Gelagat sahabat2 sungguh melucukan, ditambah lagi dengan Syahir. Tak kering gusi dibuatnya.

read more to know more..

Renovation

Salam..

blog ni mmg sntiasa under renovation..
n once again utk mmudahkan pentadbiran blog d masa dpan..

tQ..

We are Wat We arE

Sunday, December 20, 2009

Ahli-ahli

NIK MUHAMMAD ARIF NIK MAN
Electric & Electrical Engineering
Universiti Teknologi Petronas
.



WAN ABDUL MUID BASITH WAN LOKMAN
Electric & Electrical Engineering
Universiti Teknologi Petronas
.



NOR HAZLINDA MAT ZIN
Asasi Sains
Universiti Malaya
.



MOHD IKHWAN RIDZUAN
ICT
Universiti Teknologi Petronas
.



NOR SYAZWANI KAMARUDDIN
Asasi Sains Bina
Universiti Malaya
.


MUHAMMAD ASIF ABDUL GHANI
Chemical Engineering
Universiti Teknologi Petronas
.



NOR LIYANA ABDUL HALIM
TESL
Maktab Ipoh
.



MOHD KHAIRI RAHIM
Mechanical Engineering
Universiti Teknologi Petronas
.



MOHD THARMIZI DAUD
Mechatronic Engineering
UTM
.



MOHD NASARUDDIN HARIS
French Engineering
Malaysian French Institute, UniKL
.



SITI ZALEHA ABDUL AZIZ
Sains Fizik
Matrikulasi Pulau Pinang
.



NURUL AIN MAT ADBI
French Languange
Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA)
.



AFHAM AWANG
Sains Hayat
Matrikulasi Kuala Nerang
.



AHMAD FIKRI SAHAK
A Level of Medicine
Kolej Teknologi Timur
.



MOHD ZULFATHI ISHAK
Geology
Ireland,UK.
.



MOHD TAUFIQ RIDHA
UPNM
.



NOR HAYANA CHE HAMAT
Accounting
UiTM Machang
.



ROSHASLINDA ABDUL RASID
Teknologi Kejuruteraan
Maktab Pulau Pinang
.



AFIFAH MOHAMMED
Medical Imaging
UiTM Shah Alam
.



MALIHAH YUMNI MOHD RAZZALY
Sains hayat
Matrikulasi Pahang
.



NIK KHAIRUL AZMI NIK KHAIRUZZAMAN
Dentistry
UIAM
.



NOR HAZIQAH MOHAMMAD NASIR
A-Level of Medicine
International Education Centre, UiTM.

Carta Organisasi


PENGARAH
NIK MUHAMMAD ARIF NIK MAN


TIMB.PENGARAH 1
WAN ABDUL MUID BASITH WAN LOKMAN


TIMB.PENGARAH 2
AFIFAH MOHAMED


SETIAUSAHA AGUNG
MOHD IKHWAN RIDZUAN
NUR HAZLINDA MAT ZIN



BENDAHARI KEHORMAT
MUHAMMAD ASIF ABDUL GHANI
NUR LIYANA ABDUL HALIM




SEKRETARIAT INFORMASI DAN MAKLUMAT
MOHD KHAIRI RAHIM
NOR HAZIQAH MOHAMMAD NASIR
AHMAD SYAHIR ZULKIFLI


SEKRETARIAT PERHUBUNGAN
MOHD TARMIZI DAUD
MUHAMMAD NASARUDDIN HARIS
SITI ZALEHA ABDUL AZIZ
NURUL AIN MAT ADBI



SEKRETARIAT EKONOMI DAN KEWANGAN
AFHAM AWANG
NUR HAYANA CHE HAMAT
MOHD ZULHELMI SAMSUDIN


SEKRETARIAT MODAL INSAN
NIK KHAIRUL AZMI NIK KHAIRUZAMAN
NUR SYAZWANI KAMARUDDIN
NUR RADIAH MOHD ASRI
MALIHAH YUMNI MOHD RAZALLY




.



Peranan FASSMA

Antara peranan FASSMA ini adalah untuk :

  1. Membantu pihak sekolah dalam menjalankan program-program kepimpinan sekolah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  2. Membantu pengurusan badan pengawas atau Persatuan Pelajar Islam di sekolah.
  3. Membantu kepimpinan pelajar di sekolah dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul.
  4. Member motivasi dan tunjuk ajar kepada kepimpinan pelajar di sekolah untuk berada dalam keadaan yang lebih baik.
  5. Merekrut beberapa pelajar yang akan tamat sekolah dan berkebolehan serta berbakat dalam kepimpinan ke dalam FASSMA.
  6. Memberi bimbingan kepada pelajar sekolah dalam pengurusan organisasi     

Objektif Penubuhan

Antara objektif-objektif penubuhan Persatuan Fasilitator Smach (FASSMA) ini adalah untuk:

  • Melahirkan kepimpinan sekolah yang berdedikasi
  • Memastikan kepimpinan pelajar sekolah bergerak aktif dan dapat membantu pihak sekolah
  • Melahirkan pelajar yang berkebolehan memimpin di sekolah dan di mana sahaja
  • Melahirkan pelajar yang serba boleh (well-rounded) dalam pelbagai bidang melalui program-program yang dianjurkan
 


Idea Penubuhan

Idea penubuhan persatuan ini bermula apabila kami bekas-bekas pelajar SPM 2007, memegang tampuk kepimpinan sekolah pada tahun 2007. Kami merasakan terdapat sedikit kekurangan dalam mengurus organisasi di sekolah. Contohnya, dalam badan pengawas, kami merasakan perlu adanya bantuan bekas-bekas pelajar yang terdiri daripada golongan mahasiswa (terutama bekas kepimpinan sekolah) dalam menguruskan organisasi kerana mereka lebih berpengalaman dan mahir dalam pengurusan organisasi. 

Tetapi malangnya, semasa kami di sekolah, tiada seorang pun bekas kepimpinan sekolah yang datang untuk bertanya khabar tentang perkembangan semasa sekolah. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana mereka seharusnya ada rasa sayang akan sekolah dan mengambil berat mengenai bekas tempat mereka menimba ilmu selama 5 tahun. Tambahan pula, terlalu banya jasa sekolah yang telah dicurahkan hingga mereka Berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Jadi, sekurang-kurangnya ada perasaan ingin membalas budi pihak sekolah di hati mereka. Hal ini kerana, jika bukan mereka, siapa lagi?

Selain itu, idea ini juga terlintas semasa kami mengikuti Program Tamrin Naqobat 2007. Sewaktu kami di sana, terdapat satu masalah besar iaitu tiada fasilitator yang dapat menguruskan program tersebut. Tetapi, akhirnya kami mendapat bantuan daripada fasilitator luar hasil usaha ustaz dan ustazah. Dari sini kami merasakan sepatutnya ada fasilitator dalam kalangan bekas pelajar sekolah ini sendiri supaya tidak berlaku masalah itu di saat akhir. Lagi pun, mereka lebih tahu bagaimana suasana, keadaan dan masalah di sekolah.

Di samping itu, kami juga bercadang untuk terlibat secara langsung dalam agenda tahunan sekolah terutama dalam program membentuk pelajar sebagai modal insan bertaraf kelas dunia. Kami merasa terdapat wajaran bagi mahasiswa dan mahasiswi masa kini dalam mengorak langkah untuk mendekati para pelajar bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang aktif dan bukannya pasif. Kami juga berhasrat untuk menganjur program yang bersesuian dengan permasalahan sekolah bergantung kepada kepadatan jadual sekolah.

.

Logo FASSMA


Saturday, December 19, 2009

>congrate to all new recruits<

salam..

tahniah kepada semua recruit FASSMA yang baru..

untuk maklumat lanjut tentang apa itu FASSMA, bolehlah adik2ku click here. 

 insya Allah, pada 30.12.2009, bersamaan hari Rabu akan diadakan mesyuarat rasmi FASSMA dgn dhadiri FASSMA lama dan yg baru.. moga adek2 dpt mhadirkan diri utk dperkenalkan dgn ahli2 FASSMA yg lama, dan dibentangkan dgn perancangan FASSMA pada tahun hadapan..butir2 msyuart spt berikut ;

Tempat : Perpustakaan Negeri Kelantan
Tarkh : 30.12.2009
Masa : 10 pagi
***tertakluk kpd perubahan. Jika tdpt sbrg perubahan akn dmaklumkan kemudian.

tahniah sekali lagi, dan marilah kita sama2 bekerja.. :)
.
.

Thursday, December 10, 2009

Onde-oNde..nyum nyum..

Salam..post kali nie lain dr hari yg len sbbnye ana nak tunjukkan cara nak masak kuih tradisional kita..iaitu onde-onde..wikiki..

Cara-caranya ialah spt berikut :

  1. Sediakan bahan-bahannya; tepung pulut, daun pandan, sedikit kapur makan (bukan kapur kasut), sedikit air, sedikit garam, gula merah, kelapa muda yang diparut dan periuk belanga secukup rasa.
  2. Tumbuk daun pandan yg telah dibersihkan utk mdapatkan rasa pandan dan warnanya. Perah dan campurkan ke dlm tepung.
  3. Uli tepung dengan air dan kapur secukup rasa dan air perahan pandan tadi hingga menjadi spt gambar rajah;
  4. Ketepikan ulian td dan beri perhatian kepada gula merah (nisan) anda plak. Potong kiub kecil2..lbh krg 0.5x0.5cm..(pembaris tdk dperlukan)..
  5. Sementara itu, panaskan air dalam periuk belanga hingga mendidih. Kalau tak mendidih, jgn masukkan lagi onde2..
  6. Sementara mnunggu air mengelegak, ulilah onde2 anda hingga mjadi bulat, atau bentuk ape pun yg anda gemari..masukkan gula merah sbg inti dlm onde2 itu..
  7. Hah!!! Nmpaknya air sudah mendidih..maka masukkanla onde2 itu slow slow dlm periuk itu, takut terpercik kat muka lak..
  8. Wait until onde2 timbul ke permukaan air mcm ikan paus dulu baru angkat..jika anda suka kalu gulanya cair, biarkan ia timbul lbh lama ya puan-puan..
  9. Seberangkatnya onde2 puan2 dr dlm periuk, terus golekkannya dlm kelapa muda.(cmpurkan sdikit garam ke dlm kelapa)..
  10. Selepas golek2 secukup rasa, bolehlah dihidangkan..
  11. Teng teng teng!! Siap utk dmakan....nyum2..

Selamat mcuba yg adek kakok..bjumpa lg dlm episod akan dtg~~~


.

Thursday, December 3, 2009

Nak Kaya

Pada suatu malam Taufik memandu sendirian dari Kota Bharu untuk ke Jerteh. Tiba di Semerah seorang lelaki tua menahan keretanya. Simpati dengan nasib orang tua itu, Taufik memberhentikan kereta dan mempelawanya naik.

"Anak nak pergi mana?" Tanya orang tua itu.
"Jerteh," Kata Taufik
"Turunkan pakcik di Machang sudahlah."
Taufik angguk dan terus memandu.
"Anak nak kaya tak?" Tiba-tiba lelaki tua itu bersuara lagi.
Taufik mula rasa tidak sedap hati. Dia mengesyaki orang tua itu cuba memberi nombor untuk ditikam, sedangkan Taufik bukanlah kaki ekor.
"Tak apalah Pakcik. Hidup ni tak perlu kaya sangat, apa yang ada cukuplah,"Kata Taufik
"Betul anak tak mau kaya?, Pakcik nak bagi ni!"
"Tak apa,pakcik. Terima kasih."
Akhirnya mereka sampai di Machang. Apabila kereta berhenti, orang tua itu bersiap-siap untuk turun dan mengambil begnya.
"Pakcik ada tujuh tin SRI KAYA ni. Tapi kalau anak tak nak juga, tak apalah," Katanya
Taufik hanya terkebil-kebil melihat orang tua itu turun dari keretanya.....

Tuesday, December 1, 2009

Take a Break

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat.
Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

u lOve ur mOm?


Aku ada pasangan hidup sendiri.....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat......Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "
Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau
Mak sudah tiada..........


MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup......... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


love ur mum now...n forever..