Thursday, December 10, 2009

Onde-oNde..nyum nyum..

Salam..post kali nie lain dr hari yg len sbbnye ana nak tunjukkan cara nak masak kuih tradisional kita..iaitu onde-onde..wikiki..

Cara-caranya ialah spt berikut :

  1. Sediakan bahan-bahannya; tepung pulut, daun pandan, sedikit kapur makan (bukan kapur kasut), sedikit air, sedikit garam, gula merah, kelapa muda yang diparut dan periuk belanga secukup rasa.
  2. Tumbuk daun pandan yg telah dibersihkan utk mdapatkan rasa pandan dan warnanya. Perah dan campurkan ke dlm tepung.
  3. Uli tepung dengan air dan kapur secukup rasa dan air perahan pandan tadi hingga menjadi spt gambar rajah;
  4. Ketepikan ulian td dan beri perhatian kepada gula merah (nisan) anda plak. Potong kiub kecil2..lbh krg 0.5x0.5cm..(pembaris tdk dperlukan)..
  5. Sementara itu, panaskan air dalam periuk belanga hingga mendidih. Kalau tak mendidih, jgn masukkan lagi onde2..
  6. Sementara mnunggu air mengelegak, ulilah onde2 anda hingga mjadi bulat, atau bentuk ape pun yg anda gemari..masukkan gula merah sbg inti dlm onde2 itu..
  7. Hah!!! Nmpaknya air sudah mendidih..maka masukkanla onde2 itu slow slow dlm periuk itu, takut terpercik kat muka lak..
  8. Wait until onde2 timbul ke permukaan air mcm ikan paus dulu baru angkat..jika anda suka kalu gulanya cair, biarkan ia timbul lbh lama ya puan-puan..
  9. Seberangkatnya onde2 puan2 dr dlm periuk, terus golekkannya dlm kelapa muda.(cmpurkan sdikit garam ke dlm kelapa)..
  10. Selepas golek2 secukup rasa, bolehlah dihidangkan..
  11. Teng teng teng!! Siap utk dmakan....nyum2..

Selamat mcuba yg adek kakok..bjumpa lg dlm episod akan dtg~~~


.

No comments:

Post a Comment