Sunday, February 28, 2010

Tamrin Nuqaba’ 2010 II

Maaf atas segala kesulitan, pictures x dpt diupload kerana masalah tech dlm post yg sblumnya, jd antara aksi2 yg sempat dirakam sms Tamrin Nuqaba;



































Tamrin Nuqaba’ 2010

Assalamualaikum kepada pembaca2 sekalian...

*Untuk pengetahuan antum antumna sekalian..sekali lagi krew2 Fassma telah bersama-sama turun padang bagi menjayakan salah satu agenda sekolah iaitu Tamrin Nuqaba'...

Destinasi pilihan kita kali ini adalah sangat ideal memandangkan jaraknyer yg mngambil kire2 tak sampai 5 minit dari skola..moga2...destinasi ini membantu pihak sekolah dalam menjimatkan bajet sekolah yang diperuntukkan..syukur ke hadrat Ilahi...PELADANG INS kami tujui...~


PROGRAM TAMRIN NUQABA'


RANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN ROHANI DAN BADAR SMACH


12-14 FEBRUARI 2010


PELADANG INS MACHANG


"PEMIMPIN SEJATI MEMBENTUK UMMAH MADANI"

12 FEBRUARI 2010

Tepat jam 3.30 petang,para peserta telah tiba ke destinasi dengan diiringi beberapa orang guru.Sesi pendaftaran telah dijalankan dan semuanya berjalan dengan lancar.Pada petangnya telah diadakan sesi ta'aruf.Orang kata,"tak kenal maka ta'aruf".Tepat sekali bidalan tersebut walaupon takde dlm kamus dewan.^^Sesi ta'aruf kali ini sangat menarik kerana aktiviti ini menggunakan TISU.Tisu kebiasaannya diguna bagi mengelap kotoran.Ya!Bagi mengelap kotoran.Tapi pernahkah anda menyapu muka rakan anda?mengilatkan kasut rakan anda?mengelap air kopi yang tumpah atas baju rakan anda?jika pernah.sila angkat tangan sekarang!.tahniah ana ucapkan.^^maka..berjalanlah aktiviti ta'aruf kali ini dengan berbekalkan berkotak-kotak tisu dihabiskan..naqib naqibah dengan bangganya mgelap muka, hidung, dan paling penting KASUT partnernya semasa taaruf..macam2 ragam naqib naqibah yg sempat dirakamkan semasa taaruf..bukan men seronok lagi mereka saling lap-mengelap..


Antara aksi lagak ngeri yang sempat dirakamkan:

Sesi taaruf yang special lagi santai ini tidak berakhir begitu sahaja. Selepas tu, Naqib naqibah dikehendaki melukis menulis muka sendiri atas kertas yg diberi. Macam2 bentuklah dapat dilihat – ada yg lukis muka sendiri ala-ala Goku, ada yang ala-ala ustazah, ada yg zuhud lagi lg tawada' gambarnya. Then, dengan randomnya fasi membahagi-bahagikan gambar tersebut, jadi peserta2 lintang pukanglah berlari ke sana ke sini untuk mencari pemilik gambar yang dia ada. Bukan setakat cari pemilik gambar, malah siap taaruf secara mendalam lagi dalam lagi dengan pemilik gambar. Yang lawaknya, ada yang siap taaruf pasal UBAT GIGI FAVERET, HOBI YANG NTAH PAPE, SAIZ KASUT, BERAT pun ada. Yang lawaknya, ada sorang peserta tu hobinya menjala, meamancing, memukat dan segalanya yang ada kaitan dengan laut..haha.lawak lawak. Sesi taaruf sempat dihabiskan sebelum menjelang pukul 6.30 ptg. Muka lapar naqib naqibah membuatkan fasi berasa kesian dan bagi mereka makan awal sebelum ke surau untuk solat Maghrib.


Pada senjanya, berjalanlah peserta2 dan fasi2 ke surau untuk solat berjemaah. Selepas isyak, ada 2 modul yang peserta perlu tempuhi- 1] Matlamat yang Lebih Jauh dan 2] 24 Hours Muslim. Dalam modul 1, peserta2 duduk dalam grup kecik2. Every peserta dikehendaki menulis on A4 paper matlamat mereka- sama ada matlamat jangka jauh, sederhana, panjang, kontot, separuh gemuk, apa jelah..yang penting matlamat yang ingin mereka capai. Pas2, bentangkan lam grup..Resolusinya, kita sebagai manusia sering lupa matlamat hidup yang sebenar, iaitu menuju Allah swt. Ramai yang leka, dan selalu terlupa, dan ada yang saja buat2 lupa yang kita akhirnya akan bertemu Allah swt. Jadi matlamat hidup kita adalah beribadah, menjadi khalifah, dan insya Allah syurgalah pengakhirannya. Namun perlu kita ingat bahawa kita buat segalanya bukan kerana syurga semata-mata di pengakhiran jalan kita, tetapi untuk mendapat keredhaan Allah swt. Tiada gunanya masuk syurga tetapi tidak mendapat redhNya, betul tak sahabat2?

Ingat tak Rabiatul Adawiyah? Bukan kawan korang tu, tetapi seorang wanita yang sangat kuat beribadah di waktu malam, dan dijanjikan syurga baginya. Rabiatul Adawiyah pernah berkata, " Aku tidak kisah akan masuk syurga atau neraka, yang aku mahukan hanyalah redhaNya."..(lebih kurang la ayatnya)

Satu lagi kisah tentang sorang abid (ahli ibadah) yang telah beribadah selama 300 tahun. Pada suatu hari, dia ingin bertanya kepada Allah, dapatkah dia masuk syurga dengan amal ibadatnya. Allah menjawab tidak. KENAPA?? Kerana ibadatnya 300 tahun tidaklah dapat menandingi nikmat yang telah Allah berikan kepadanya, walau nikmat sebiji mata. Jadi sahabat2, cuba kita renungkan, ibadat 300 tahun pon tidak dapat menandingi nikmat sebiji mata, apatah lagi ibadat kita yang berapa la sangat….

2nd LDK nya 24 Hours Muslim.. agak2 apa xtvtnya?? Simple je, every peserta dikehendaki menulis daily routine mereka and fasi dengan secara spontan lagi unbiased memilih beberapa peserta untuk bentangkan daily routine mereka. Mostly, routine mereka sama jer, yelah kan, nama lagi budak SMACH, mestilah ikut jadual sekolah, kalau tak nanti, kena 'piutt' pulak..hehe. tapi ada seorang peserta dari yang banyak2 nie agak pelik routine weekendnya. Lebih kurang camnilah..


6.00 – Bangun, solat Subuh…

7.00 – Balik hostel, sambung tido…

9.00 – Main bola..

1.00 – Lunch…

2.00 – Tido lagi..Qailullah la kununnya..

5.00 – Men bola lagi..

7.00 – P masjid

9.00-3.00 – Men bola lagi…ishhh2..


Kesimpulannya, tido, makan, men bola jer.. Resolusi dari LDK ni adalah kita hendaklah apply pepatah (ek?) ''Islam is The Way of Life''. There's no such so-called part-time Muslim, kita sume full-time Muslim k. ada ayat yang maybe da kaitan dengan LDK ni iaitu Surah al-Baqarah : 208;

'' Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sungguh, is musuh yang nyata bagi kamu."

Dengan berakhirnya LDk 2, maka dengan gembira para peserta n fasi ke dewan makan sebelum meneruskan aktiviti tidur dalam bilik yang ber'air-cond' itu..zzzzzzzzzzzz….


13 FEBRUARI 2010

Pagi2 lagi fasi2 dengan kepohnya meng'gerakan' peserta2 yg lena tido diulik mimpi. BANGUN BANGUN BANGUN!!!!!! Dengan rajinnya peserta2 bangun untuk Qiam, n tahniah kepada fasi2 kerana menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki ke surau untuk Qiam. Ada jugak yang tersenguk2 masa Qiam, tapi semangat tu yang paling penting. Lepas solat Subuh, peserta2 dengan semangat kesukanan yang tinggi bergegas ke dewan untuk riadah. Riadah yang lasak lagi mencabar bertajuk " SENAM SI TOMY" dan "DEMI MATAHARI"
telah berjaya mengurang berat badan peserta2 sebanyak 0.25 kilo.

Selepas kehilangan banyak tenaga, peserta2 diberi masa untuk menaikkan balik berat badan di dewan makan sebelum LDK yang seterusnya iaitu, "Ana dan Quranic Group". Dalam modul ni, peserta diberi tiket wayang percuma menonton wayang bertajuk "Osama Laden dan Quranic Group". Namun, sebagai bayaran, peserta dikehendaki mengaitkan QG dengan video tersebut. Dari riak muka peserta2, fasi2 dapat melihat semangat berkobar-kobar peserta2 (naqib/ah) untuk membawa usrah di sekolah. Dalam group yang sederhana kecil, kami membincangkan permasalahan usrah di sekolah, isu semasa dan sebagainya dengan siyesnya.

Antara muka-muka siyes semasa LDK dan muka kesukanan semasa riadah yang sempat dirakam ;

Setelah sekian lama hanya berbisik-bisik di dalam kumpulan sahaja, kini tibalah masa untuk mendengar suara para peserta di microphone pulak dalam LDK yang seterusnya iaitu, "Saya dapat RM500". Para peserta dikehendaki berdiscuss dalam grup masing-masing dan merancang satu plan yang vogue lagi marvelous untuk dijalankan di sekolah dengan bajet hanya RM500 sahaja. Memang kretif la kepala naqib naqibah nie, tak pernah terpikir oleh orang len pon. Ada yang plan nak wat Family Day Usrah la, Rehlah la, nak tampal Asma ul-Husna kat sekolah la, n ada gak yang nak tampal hadis/kata-kata hikmat kat every cikedis yang dijual. Menarik menarik!! Go Smach go!! Tapi ada yang tak tahan nak mintak sponsor dari FASSMA, hehe, FASSMA pon kering jugak..kiki.

Setelah bercakap, laparla pulak. Sekali lagi peserta berpusu-pusu ke dewan makan yang sedap itu (makanan yang sedap, bukan dewan makan). Setelah Berjaya khusyuk dalam solat Zuhur berjemaah, tibalah LDK yang menusuk kalbu lagi menarik hati, iaitu I KAWAN U KE? Ntah, I kawan u ke?? Para peserta duduk dalam group yang kecil. Para fasi yang tak terlibat hanya dibenarkan menyebarkan helaian tisu untuk mengelap air mata, dan tidak dibenarkan sama sekali mendengar perbualan para peserta. Para fasi yang tak terlibat dengan sibuknya memotong kain untuk aktiviti petang nanti. Aik, peserta pulak wat namo rima? Macam nie, peserta akan meluahkan perasaan mereka dalam group masing-masing, kira sharing la. Apa kejadahnya nak bagitau orang pasal diri kita?? Sebab nanti lepas sharing, barulah kita akan tahu, bagaimana kawan kita sebenarnya..konkusi simplenye;


  • Husnuzon (bersangka baik)
  • Don't judge a book by it's cover (spt di atas la lbh kurang)
  • Amanah (smpn secret kawan)
  • Ukhwah itu member (sharing)
  • Thiqah (siqah) (kepercayaan)
  • Etc..orang yang merasa lagi mengetahui apa yang dia dapat.

Lepas penat menangis, tibalah giliran bersuka-sukan pulak. Pastu, yang menariknya kami main Desa Tercinta, ala-ala Mafia la (bukan Mafia Wars dalam FB tu). Fasi-in-charged akan ketuk kepala
(slow2 jer) 4 orang dari setiap grup- 1 sbg ketua kampong dan 3 lagi sebagai setan. Tapi, time fasi ketuk kepala peserta, sumer peserta kena tutup mata seikhlas yang mungkin. Pastu, ketua kampong dengan yakinnya kena bagi 3 nama yang dia syak sebagai setan dalam kampunnya. Kumpulan paling Berjaya ialah Kampung Ukhwah, sebab ketua kampungnya dengan bangganya mengumumkan bahawa tidak ada satu pon setan dalam kampungnya, dan tahniah kepada yang terpilih jadi setan dalam grup tu, sbb Berjaya berlakon dengan baik. Syabas!! Tahniah jugak kepada Kampung Pisang Sbatang (kalau x silap) sbb ketua kampungnya memang 'biso'
sbb Berjaya meneka ke3-3 setan dengan betul, yang paling tak tahan, yang pakai kopiah tu lah yang jadik setan..huhu.

Antara lagak ketua kampung, setan dan orang2 kampung dan pengetuk2 kepala yang berjaya dirakam ;

Allah huakbar rullah huakbar!!! Allah huakbar rullah huakbar!!! Dengan ini diumumkan bahawa telah masuk waktu Asar bagi kawasan Wilayah Machang dan kawasan2 yang sama waktu dengannya. Maka, peserta2 solatlah Asar sebelum peserta2 disolatkan. Riadah petang tu amat mencabar minda dan fizikal peserta2, dan kami namakan Inikah Kita..procedurenya (cam lab bio lak procedure2 nie)..

  1. Peserta2 divided into several groups.
  2. Each group pilih satu bunyi binatang yang lain dr group2 lain. Maka dengan itu berbunyilah macam2 bunyi..

    meoooowwww…mmmbekkk…kulup2 (binatang ape ntah bunyi camni)..onnngg (katak), auuuuu (serigala),
    dan sebagainya.

  3. Peserta2 dengan seamanahnya blind-foldedkan diri sendiri.
  4. Peserta2 pegang tali group masing2.
  5. Peraturannya-peserta tdk dibenarkan bercakap, melainkan hanya mengeluarkan bunyi group masing2..
  6. Peserta2 dilepaskan blind-folded dgn dibantu sorang fasi ke garisan penamat(kononnya ada)..
  7. Di tengah jalan, fasi akan potong kain tu, jadi peserta2 akan pening lalat..

Ukhwah yang peserta2 tunjukkan memang mantap! Harap2 itulah ukhwah mereka di sekolah nanti..berpeluh jeruk peserta2, fasi pon apa kurangnya. Akibatnya, tersenguk-senguklah peserta dalam surau, seolah-olah mengiyakan segala yang penceramah bagitau malam tu. J . ke'roji'an peserta terserlah dalam gambar2 tersebut;

Malamnya, para peserta menunjukkan skill lakonan masing2 melalui LDK malam tu. Macam2 la lagak ngeri yang ditunjukkan para peserta, berbakat betol naqib naqibah sumer. Lau imitate suara, memang betol2 jadilah..syabas! Tapi..wlpn adik2 yang belakon..tp best actor dimenangi oleh Faizal Yusman...n best actress lak dimenangi Hazlinda Mat Zin. Kenapa?? haaaa..itu yg kita xtau..

Dlm keseronokan tu..kami telah dimuhasabah oleh akh Sufian...Betol la bak kata Abe Pian, kita datang Tamrin bukan untuk suke-suki and yang penting dakwah itu bukan untuk suka-suki n mudah. Kita selalu ingin mudah n happy, tapi dahwah itu bukan begitu.

Akak naqibah saya selalu cakap kat kami sumer, DAKWAH ITU BUKAN UNTUK ORANG MANJA..renungkan2. Perjalanan dakwah bukan mudah dan pendek, tapi sungguh panjang, memenatkan dan sukar. Keletihan di dunia akan dibalas kesenangan di akhirat. Bak kata mesej sorang sahabat saya;

"Selangkah ke alam perjuangan, bermakna selamanya dalam kepahitan. Namun, biarlah menangis, terluka dan kecewa daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Apabila ditanya mengapa mujahadah itu pahit, jawablah kerana syurga itu manis. Hidup ini indah andai segalanya kerana Allah swt."

Malamnya, secara suprisenya kami sambut birthday Fikri, salah sorang peserta. Awal2 ag fasi2 sibuk dok ngecek ic no para peserta,so any burday can be notified earlier (ayat ntah pape). Sonok betol birthday boy, tambah2 ag fes time celebrate dengan orang yang sebegitu ramai. Malamnya, sate n keklah menjadi supper kami. Best betol.. picture pd mlm ini n sterusnya tidak dpt diupload kerana camera ana dh rosak terhempas time Inikah Kita tu..so, maaflah x da gambar..

Pastu, zzzzzzzzzzzzzzzz…


14 FEBRUARI 2010

Esok paginya, cam biasa, Qiam n solat Subuh. Setelah dianalisa, didapati frequency peserta yang tersenguk dalam surau semakin bertambah. Beberapa aksi dapat dirakam oleh fasi muslimin. B4 breakfast, riadah berlangsung cam biasa. Riadah pagi itu amat tidak mengurangkan berat badan kerana hanya memerlukan minda untuk berfikir dan saliva untuk bercakap. Selepas memenuhkan perut2 yang kelaparan, kami meneruskan agenda LDK yang terakhir iaitu "Ana Ustaz/ah". Senang je tasknya, SUMER PESERTA KENA BERCAKAP. Saper2 yang kena group dengan ana lagi terseksa jiwanya kerana ada bagi task tambahan. Bukan menyeksa, establish communication skill jer. Jangan marah ek…

Sebelum majlis penutup, peserta2 divided into 4 groups. Then, every group cakap sal kebaikan n keburukan Tamrin Nuqaba' 2010. Banyak komen membina yang kami terima…terima kasih..akhirnya, majlis penutup. Sedih sungguh nak berpisah, tapi bak kata orang, 'setiap pertemuan ada perpisahan'. Menangis2 sumer, dan sekali lagi bekalan tisu habis. Kepada Project Manager tahun depan, pastikan bekalan tisu mencukupi.. J..

Setelah berakhirnya majlis penutup, maka berakhirlah Tamrin Nuqaba' 2010 dengan jayanya. Moga para peserta dapat mengambil segala input yang penting. Dan ingat jalan dakwah itu sukar, dan jangan mudah putus asa kerana ada ramai yang support sahabat2 dengan/tanpa anda sedari. Beristiqamahlah di jalan ni..

Fuhhh…panjang sungguh reportnya..sekian sajalah report yang santai n complex ni, sesuai dengan tema Tamrin Nuqaba' taun ni iaitu "Santai…."

Senyumm…senyumm..senyumm..

Cumulative word count : 2097

Tuesday, February 16, 2010

Umat Pertengahan

Salam...insya Allah dalam post kali nie ana nak kongsi 2 ayat Quran...perhatikan dulu ek, ti ana xplainkan..

Dalam surah al-Hajj, 20:78,

Dan berjihadlah kamu d jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agamamu. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamankan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, agar Rasul menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelingdungmu, Dia sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.


Dalam surah al-Baqarah, 2:143,

Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan, agar kamu menjadi saksi (atas perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Kami tidak menjadikan kiblat yang dahulu kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh, pemindahan kiblat itu amat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia.


hah..sahabat2..cuba tengok apa yg ana highlightkan dlm firman Allah swt dlm surah al-Hajj n al-Baqarah tu..

Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan, agar kamu menjadi saksi (atas perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.


apa yang sahabat2 faham dr "umat pertengahan" @"saksi"?

Saksi bermaksud seseorang yang menyaksikan , menyakini , membenarkan dan menyampaikan satu perkara.

Contohnya, satu kemalangan berlaku dan anda adalah satu-satunya orang(saksi) yang menyaksikan kejadian tersebut.Apabila anda membuat laporan kepada pihak polis, anda akan menyatakan anda melihat kemalangan itu.Kemudian anda akan menyakinkan laporkan yang dibuat adalah benar.Pada sidang mahkamah anda akan membenarkan persaksian anda dengan mengangkat sumpah pernyataan saksi anda adalah benar tiada penipuan.Akhirnya, anda menyampaikan persaksian anda di hadapan mahkamah.


Nah! Cuba kita perhatikan pada kalimah syahadah.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Mengapa ada perkataan aku naik saksi dalam syahadah yang kita biasa ucapkan dalam solat?Jelas di sini bahawa pengertian kalimah syahadah itu menuntut kepada kita untuk mempunyai ciri-ciri sebagai seorang saksi iaitu menyaksikan , menyakini , membenarkan dan menyampaikan.

Maksudnya, kita ditugaskan untuk menyaksikan dan menyakini kebenaran kalimah syahadah dan menyampaikannya kepada orang lain.


Kalimah syahadah ini menuntut kepada kita untuk menjadi hamba kepada Allah dengan beribadah kepadaNya(1) dan menjadi khalifah di dunia ini(2).

(1).”Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.(Surah Az-Zariyat,51:56)


(2).”Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,” Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi”(Surah Al-Baqarah,2:30)


Tugas khalifah di sini bermaksud kita mengajak dan menarik manusia yang masih belum tunduk kepada Allah kepada pengabdian kepada Allah.Kata mudahnya, supaya semua manusia di dunia ini tunduk beribadah kepada Allah.

Oleh yang demikian , penyaksian kalimah syahadah yang kita sentiasa ucapkan dalam solat itu hanya akan terlaksana apabila kita melaksanakan 2 tuntutan ini.


Segala kerja dan amalan yang kita lakukan ini akan disaksikan oleh Baginda Rasulullah SAW yang akan menjadi saksi bahawa kita telah menjalankan amanah dan tangunggjawab kalimah syahadah di hari perhitungan nanti.

Kesimpulannya, umat pertengahan bermaksud umat islam yang melaksanakan segala ibadah yang dituntut oleh Allah dan menjadi agen menyampaikan kalimah syahadah kepada semua manusia agar tunduk kepada pengabdian kepada Allah tuhan yang Maha Esa dengan melaksanakan tuntutan ibadah keranaNya.Setiap kerja dan amalan yang dilakukan akan disaksikan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Jom kawan-lawan, apa tunggu lagi……Ayuh!Mari kita jadi umat pertengahan.


senyum...senyum..senyum...!! :)

.

Senyum :)


bak kata Camp Commander Tamrin Nuqaba' 2010,


syum..senyum.....senyum...!!!



kenapa kita perlu senyum?

  1. sedekah... :)
  2. turunkan blood pressure...:)
  3. ubah environment...:)
  4. senyum itu coomel...:)
  5. relieve stress...:)
  6. etc....:)
  7. :)
  8. :)
  9. cuba senyum selalu...n anta/i akan tau why...:)
.

.

Monday, February 15, 2010

Open Your Eyes

by : Maher Zain

Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..



We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..



We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Tekad

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman yang kan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk harungi dakwah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi
.

Sebiru Hari Ini


salam..hari ni ana nak kongsi satu lagu best..main team ukhwah n dakwah..



Sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita
bersama disini
seindah hari ini
indahnya bak permadani taman syurga
seindah hati kita
walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Illahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan terpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita
sebiru hari ini
.
.
:)

Wednesday, February 3, 2010

Contohilah Rasulullah

PRINSIP HIDUP RASULULLAH



Makrifat adalah modalku

Akal adalah asal agamaku

Rasa cinta adalah landasanku

Rindu adalah kenderaaanku

Zikrullah adalah kesenanganku

Percaya pada diri sendiri adalah perbendaharaanku

Sedih adalah sahabatku

Sabar adalah pakaianku

Zuhud adalah pekerjaanku

Redha adalah keuntunganku

Yakin adalah kekuatanku

Kejujuran adalah penolongku

Taat adalah kecintaanku

Jihad adalah akhlakku

Kebahagiaanku adalah mengerjakan solat


Pedoman & Pendidikan Rohani(penangkal hati)-Drs. Mohd Isa Selamat
.
.