Tuesday, February 16, 2010

Umat Pertengahan

Salam...insya Allah dalam post kali nie ana nak kongsi 2 ayat Quran...perhatikan dulu ek, ti ana xplainkan..

Dalam surah al-Hajj, 20:78,

Dan berjihadlah kamu d jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agamamu. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamankan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, agar Rasul menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelingdungmu, Dia sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.


Dalam surah al-Baqarah, 2:143,

Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan, agar kamu menjadi saksi (atas perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Kami tidak menjadikan kiblat yang dahulu kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh, pemindahan kiblat itu amat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia.


hah..sahabat2..cuba tengok apa yg ana highlightkan dlm firman Allah swt dlm surah al-Hajj n al-Baqarah tu..

Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan, agar kamu menjadi saksi (atas perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.


apa yang sahabat2 faham dr "umat pertengahan" @"saksi"?

Saksi bermaksud seseorang yang menyaksikan , menyakini , membenarkan dan menyampaikan satu perkara.

Contohnya, satu kemalangan berlaku dan anda adalah satu-satunya orang(saksi) yang menyaksikan kejadian tersebut.Apabila anda membuat laporan kepada pihak polis, anda akan menyatakan anda melihat kemalangan itu.Kemudian anda akan menyakinkan laporkan yang dibuat adalah benar.Pada sidang mahkamah anda akan membenarkan persaksian anda dengan mengangkat sumpah pernyataan saksi anda adalah benar tiada penipuan.Akhirnya, anda menyampaikan persaksian anda di hadapan mahkamah.


Nah! Cuba kita perhatikan pada kalimah syahadah.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Mengapa ada perkataan aku naik saksi dalam syahadah yang kita biasa ucapkan dalam solat?Jelas di sini bahawa pengertian kalimah syahadah itu menuntut kepada kita untuk mempunyai ciri-ciri sebagai seorang saksi iaitu menyaksikan , menyakini , membenarkan dan menyampaikan.

Maksudnya, kita ditugaskan untuk menyaksikan dan menyakini kebenaran kalimah syahadah dan menyampaikannya kepada orang lain.


Kalimah syahadah ini menuntut kepada kita untuk menjadi hamba kepada Allah dengan beribadah kepadaNya(1) dan menjadi khalifah di dunia ini(2).

(1).”Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.(Surah Az-Zariyat,51:56)


(2).”Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,” Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi”(Surah Al-Baqarah,2:30)


Tugas khalifah di sini bermaksud kita mengajak dan menarik manusia yang masih belum tunduk kepada Allah kepada pengabdian kepada Allah.Kata mudahnya, supaya semua manusia di dunia ini tunduk beribadah kepada Allah.

Oleh yang demikian , penyaksian kalimah syahadah yang kita sentiasa ucapkan dalam solat itu hanya akan terlaksana apabila kita melaksanakan 2 tuntutan ini.


Segala kerja dan amalan yang kita lakukan ini akan disaksikan oleh Baginda Rasulullah SAW yang akan menjadi saksi bahawa kita telah menjalankan amanah dan tangunggjawab kalimah syahadah di hari perhitungan nanti.

Kesimpulannya, umat pertengahan bermaksud umat islam yang melaksanakan segala ibadah yang dituntut oleh Allah dan menjadi agen menyampaikan kalimah syahadah kepada semua manusia agar tunduk kepada pengabdian kepada Allah tuhan yang Maha Esa dengan melaksanakan tuntutan ibadah keranaNya.Setiap kerja dan amalan yang dilakukan akan disaksikan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Jom kawan-lawan, apa tunggu lagi……Ayuh!Mari kita jadi umat pertengahan.


senyum...senyum..senyum...!! :)

.

No comments:

Post a Comment