Sunday, December 20, 2009

Idea Penubuhan

Idea penubuhan persatuan ini bermula apabila kami bekas-bekas pelajar SPM 2007, memegang tampuk kepimpinan sekolah pada tahun 2007. Kami merasakan terdapat sedikit kekurangan dalam mengurus organisasi di sekolah. Contohnya, dalam badan pengawas, kami merasakan perlu adanya bantuan bekas-bekas pelajar yang terdiri daripada golongan mahasiswa (terutama bekas kepimpinan sekolah) dalam menguruskan organisasi kerana mereka lebih berpengalaman dan mahir dalam pengurusan organisasi. 

Tetapi malangnya, semasa kami di sekolah, tiada seorang pun bekas kepimpinan sekolah yang datang untuk bertanya khabar tentang perkembangan semasa sekolah. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana mereka seharusnya ada rasa sayang akan sekolah dan mengambil berat mengenai bekas tempat mereka menimba ilmu selama 5 tahun. Tambahan pula, terlalu banya jasa sekolah yang telah dicurahkan hingga mereka Berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Jadi, sekurang-kurangnya ada perasaan ingin membalas budi pihak sekolah di hati mereka. Hal ini kerana, jika bukan mereka, siapa lagi?

Selain itu, idea ini juga terlintas semasa kami mengikuti Program Tamrin Naqobat 2007. Sewaktu kami di sana, terdapat satu masalah besar iaitu tiada fasilitator yang dapat menguruskan program tersebut. Tetapi, akhirnya kami mendapat bantuan daripada fasilitator luar hasil usaha ustaz dan ustazah. Dari sini kami merasakan sepatutnya ada fasilitator dalam kalangan bekas pelajar sekolah ini sendiri supaya tidak berlaku masalah itu di saat akhir. Lagi pun, mereka lebih tahu bagaimana suasana, keadaan dan masalah di sekolah.

Di samping itu, kami juga bercadang untuk terlibat secara langsung dalam agenda tahunan sekolah terutama dalam program membentuk pelajar sebagai modal insan bertaraf kelas dunia. Kami merasa terdapat wajaran bagi mahasiswa dan mahasiswi masa kini dalam mengorak langkah untuk mendekati para pelajar bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang aktif dan bukannya pasif. Kami juga berhasrat untuk menganjur program yang bersesuian dengan permasalahan sekolah bergantung kepada kepadatan jadual sekolah.

.

No comments:

Post a Comment