Sunday, November 29, 2009

kOngsi pGalaMan..

salam alaik..

kali ni ana just nak bg cdngan..
saper2 yg rasa nak kongsi pgalaman mnarin/tak menarik/anything that would be usefull
untuk adek2 kita kat sekolah,
blehlah postkan post,k..
becos saya rasa amat bguna utk mereka dsana..
n mereka pon ttanya2 xcually..

thanks..
~Better to light a candle than to curse the darkness~


Saturday, November 28, 2009

Kenapa begini, bukan begitu??

Salam, lbih kurang dua bulan lepas saya ada ke rumah kawan saya di Kajang, just nak beraya la katakana. Dari Shah Alam, saya dan tiga lagi kawan saya terpaksa mengambil tren komuter yang penuh sesak dengan orang ramai ke KL Sentral,kemudian menukar haluan ke Seremban.

Jam sekarang 8.40 pagi. And once again komuter yang dijadualkan tiba 8.10 pagi baru jer tiba. Aishh..biasalah tu, komuter kan, selalu je delayed, nak kata jalan jam, impossible. Tapi walau macammana pon, saya tetap bersyukur masih diberi nafas untuk menaikki tren, it's a big nikmat rite?

Nak dijadikan cerita/mmg kebetulannya, saya dapat tempat kat tepi sorang pak cik ni. Tak berani pon nak tengok tepi. Hairan jgak, naper hari nie tibe2 jer dapat tempat, salunya 2 jam nek ktm, 2 jamlah berdiri. Hari ni mungkin da hikmahnya..

[Kring2..kring2] – bunyi telepon pak cik tu..

Assalamualaikum………..blabla..bla(isi pbualan dirahsiakan demi privacy pak cik tu)

Di akhir perbualannya,

Waalaikummusalam.. [ hanset diletak]

Aik, Islam upenyer pak cik nie..tak tahu, soory la pak cik ek.. [ bisik hati kecilku]


Saya memberanikan diri tengok tepi. Laa, mamak upenyer pak cik nie..[ pinta hati kecilku lagi – mcm dlm filem lak]. Mesti mamak Muslim ni..

Saya terus mngelamun dalam ktm. Tibe2 teringatkan exam bio esoknya, terus saya keluarkan bio note dari dalam beg. 'Heart and Its Coordination'. Begitulah tajuknya..

Treng teng teng….

Taking medicine?

Not really, baru wat A-level..

Where?

UiTM jer, around Shah Alam.

Oo, bagus2. Teruskan usaha. Anak saudara pak cik…………bla..bla..bla..

Bla…bla..bla…

[sesi ice breaking dgn pak cik tu blangsung lebih kurang 4.35 minit dan dsambung dengan LDK lain pula].Rakan-rakanku yang len terpinga2 tengok saya bgitu khusyuk bbual dgn pak cik tu. Tetiba jerr..

Pak cik dah peluk Islam almost 4 years..

Saya terdiam. Nak bertanya, tp tak tahu macam mana. Erm, akhirnya diberanikan diri n Tanya gak..

Erm, macam mana ek pak cik masuk Islam.? [begitu selamba rock aku tanya].

Pak cik tu terdiam….aku lagi terdiam..

Many people ask me the same question. Maybe this is hidayah from Allah swt[aku menganguk]..Actually, I dah attracted to this religion since I was in secondary school. But the condition at that time tak membenarkan..all my frens are Malays and Islam..but now not all Malay are Islam, rite..[aku angguk jer]. But, TAK DA SAPE AJAK SAYA MASUK ISLAM..

Bicaranya teratur,

Saya paling suka dengar azan..azan buat saya rasa tenang..walaupun di sekolah mengengah saya x faham pon azan tu, tapi saya tetap suka. Saya dah travel banyak Negara, n sumer azan sama all around the world, that's what makes me more attracted to Islam tapi saya hairan knp ada jga orang Islam yg x suka dengar azan..

Pernah tu, kat sebuah kg, bila bilal nak azan jer, dtg sorang laki dari blkang.."woih, ko gila ke ah?? Teriak2 macam org gila!" Marah lelaki 2..Bilal 2 pulak slamba rock je, "Gila agaknya org ni.."..Lelaki yg x dkenali 2 pon p dkat ngan bilal azan n hempas2 mic sumer2..hbs pecah2 sumer..

Tu orang Islam sndri, bkn org kafir..kata pak cik tu..

Saya mengeleng2kan kepala..Saya hanya mmbiarkan dirinya shj bcakap..

Dulu saya kerja kat tut tut (privacy) kat Kelantan. Tapi saya pon bhenti lepas 6 bulan tak dibayar gaji..then, I become a tuition lecture in Selangor. [Punyer la pnjang tp x citer ag sal camner msuk Islam kan, tp sabar2..ini adlh citer btol n tak dibuat]. One day, saya p mngajar mcm biasa. Balik dr mngajar, saya basuh dan sidai baju. Badan terasa letih n then saya terlelap. Dalam tidur, saya tmimipikan seorang lelaki tua pakai jubah putih, tp muka x nmpak plak..mcm bsinar2..(cam lam filem 2)..

Tersedar je dr tidur, sy trus nak cr JAIS ke ape ke..call org ni, call org nie, akhirnya jmpa jgak pjabatnya..saya pon ckp kat pgawai tu saya nak masuk Islam..

Awak nak kawen ke?

Ishh, tak lah. Masuk Islam tak smestinya nak kawen kan?

Sejak tu, bmulalah khidupan pak cik sbgai sorg Islam. Semenjak pak cik memeluk Islam 4 tahun yang lalu, alhamdullilah pak cik dah Berjaya mengIslam 8 orang yang lain..[saya terkedu..8???!!]. then, saya jd pndakwah bebas under tut tut..

.


Sambungnya lagi, " Kita supposedly byk bfikir dan mmerhatikan alam, brulah kita akan merasai kewujudan Allah swt..

Cuba tengok pokok d seberang sana tu..[smbil tunjuk sbtg pokok kat luar ktm]..Kenapa Allah swt menciptakan pokok tu di sbrg sana, dan bukan di sbrg sini? Sbb mungkin itulah yang terbaik bg poko tu.. cuba perhatikan diri kita

..

(science discussion)

..

[ting tong!! Stesen Angkasapuri!] – bunyi announcement kat lam Ktm, mnandakan satu stsen je lagi tinggal..3 mnt lg smpailah KL Sentral. Ini juga mnandakan bhw dah lbh 30 mnt kami bsembang..

Pak cik nak turun kat mane?

KL Sentral..

Ooh, samalah kita..

Ni no. pak cik, laud a pape nak tnya, just call me, k.

Insya Allah..


[ting tong!! Stesen Pertukaran KL Sentral!] – announcement lg..

Assalamualaikum pak cik..

Waalaikummussalam..


.::Ini adlh cerita sbnar dan mngikut penceritaan pencerita..rasanya kwn2 msti dah bleh fikir pngajaran dr citer ni kan?::.

1. keep thinking, n that's makes u close to Allah swt.

2. muhasabah diri - - apa yg tlah dilakukan in this 2 decades (me!)? bandingkan dgn pak cik td..

Wassalam..





Saturday, November 21, 2009

FASSMA, dilema dan .... (1)

Hmm..bagus jugak ada blog ni. Sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi idea kat sini. Ana suka ngan blog..x kira la samaada baca atupun tulis..dua2 ana minat. Baca blog selalu..tulis x berkesempatan..coz kekangan masa kat kampus ni. Macam2 kerja ada. Tp ni alhamdulillah, sempat juga ana coretkan sedikit tulisan kat sini walaupun dalam kekangan masa. (esok last paper..huhu).



Huh..walaupun esok ada paper lagi (final exam)..tp ana ambik sikit masa utk tulis ni. Sebabnya...esok lpas exam ada meetg. Then petang tu da kena balik umah. Tp benda yang ana nk sampaikan ni penting (bg ana). Takut xsempat pulak esok. Barng2 x packing ag ni..huhu. Kat umah susah..xde internet.



Sedikit perbincangan mengenai persatuan "kesayangan" kita (ye ke kita sayang?)...iaitu FASSMA. Hope di sini kita sume boleh kemaskan kembali gerak kerja kita.




Ke mana hala tuju FASSMA?


Satu persoalan yang besar - tetapi tidak dapat dihayati kita semua. Sedangkan persoalan tentang halatuju/objektif/matlamat adalah perkara yang paling basis bagi sesuatu organisasi. Tanpa matlamat yang jelas, tidak guna kita bersusah payah menubuhkan persatuan.


Kita berdegar2 bercakap. Merancang tu..rancang ni.. Bab planning ni kita no satu. Tapi sayangnnya...benda basic tu kita x tahu. Ia dapat diibaratkan seperti kita berada di tepi pantai. Di hadapan kita adalah lautan biru yang terbentang luas. Lalu kita mencari sebuah sampan beserta pengayuhnya. Dan kita bersama-sama menaiki sampan itu lalu mengayuhnya sekuat hati kita. Kita trus kayuh dan mengayuh. Tetapi malangnya, kita tidak tahu ke mana destinasi kita.


Kerja bodoh?


Bukankah itu kerja bodoh namanya. (maaf kalau terkasar). Silap-silap hari bulan, kita semua tenggelam di lautan....dek kerana mencari pasal menduga lautan dalam. Kalau tak pun, mati kebuluran disebabkan kita berlayar tanpa membuat persediaan yang secukupnya.


LESU


FASSMA kelihatan begitu lesu dalam merencana programnya. Selama persatuan ini ditubuhkan, sudah berapa program dapat dijalankan? 100? 200?


Program2 yang dirancang hilang kemana? Usrah jalan ke? Berapa kali kita turun ke sekolah? Apa yang kita da lakukan (secara individu) selain daripada jadi fasi tamrin?


Kalau nak disenaraikan..maka panjang sangatlah post ni. Yang paling mudah, da berapa kali kita buka blog FASSMA ni? Sekali sehari? Sekali seminggu? Atau sekali sebulan? mmmm...atau mungkinkah kita baru tahu yang FASSMA ni ada blog?

Perancagan da mantap...cuma pelaksanaannya lesu. Kalau direnungkan..blog ni dibuat saja2 ke? Entahlah..ana yakin semua tahu jawapannnya. Hargailah orang yang bertungkus-lumus menjayakannya.


KOMITMEN

Mungkin jawapan bagi semua persoalan2 ini ialah berkaitan dengan komitmen kita. Bukan semua tiada komitmen. Ana kagum dengan beberapa orang antara kita yang dapat memikirkan inisiatif sendiri untuk menggerakkan FASSMA. Beli majalah untuk sekolah, buat liqa, turun sekolah, update blog, tanya khabar adik2 dan banyak lagi. Tapi masalahnya tidak semua berkomitmen sebegitu rupa.


Apa yang kita dah sumbangkan kepada FASSMA. Adakah kita telah bekorban sepenuhnya untuk FASSMA? Da berapa ringgit kita habis untuk FASSMA? Atau kita sekadar ahli yang mencukupkan korum kehadiran mesyuarat?


Destinasi

So, kemana destinasi kita? Jawapannya ada. Selalu kita sebutkan di dalam mesyuarat. Cuma bergantung kepada kita samada ingat ataupun tidak.



Lastly..FASSMA akan terkubur jika kita terus macam ni. Fikir-fikirkanlah....


http://greensaff.blogspot.com/

Wednesday, November 18, 2009

Aku Sepasang Sepatu Seorang Da'ie


Namaku SiPun, aku adalah dari bangsa slipar Jepun. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan dijadikan alas kaki tuanku di rumah atau untuk ke bilik air. Tapi jangkaanku meleset.

Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`ie, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mencoretkan warkah ini.


Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.


Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid.

Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga.


Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya.


Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.


Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.


Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.


Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.


Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.

Glossari:
daie = orang yang mengajak (kepada kebaikan dan meniggalkan keburukan)
mad'u = orang yang diajak oleh orang yang mengajak
usrah = (asal Bahasa Arab) keluarga

Saturday, November 14, 2009

If stess, try this

HAPPY STUDYING 
PRAY HARD & STUDY SMART


IF YOU ARE TIRED JUST CLICK AND TAKE REST


lets watch this




untitled.bmp
Just click on the picture above, click on play, 
then leave the mouse alone , sit back and
enjoy a piece of creative brilliance. 
I wonder who had 'time' to do this.
             

Tuesday, November 3, 2009

Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah swt..

Salam alaik..dah lama ana tak post someting..kebusyan duniawi mghalang ana..astagfirullah..insya Allah kali ni ana post sometin sal nafsu..fikir2kan la yer..

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka

Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :

"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."


Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah..