Saturday, November 21, 2009

FASSMA, dilema dan .... (1)

Hmm..bagus jugak ada blog ni. Sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi idea kat sini. Ana suka ngan blog..x kira la samaada baca atupun tulis..dua2 ana minat. Baca blog selalu..tulis x berkesempatan..coz kekangan masa kat kampus ni. Macam2 kerja ada. Tp ni alhamdulillah, sempat juga ana coretkan sedikit tulisan kat sini walaupun dalam kekangan masa. (esok last paper..huhu).



Huh..walaupun esok ada paper lagi (final exam)..tp ana ambik sikit masa utk tulis ni. Sebabnya...esok lpas exam ada meetg. Then petang tu da kena balik umah. Tp benda yang ana nk sampaikan ni penting (bg ana). Takut xsempat pulak esok. Barng2 x packing ag ni..huhu. Kat umah susah..xde internet.



Sedikit perbincangan mengenai persatuan "kesayangan" kita (ye ke kita sayang?)...iaitu FASSMA. Hope di sini kita sume boleh kemaskan kembali gerak kerja kita.




Ke mana hala tuju FASSMA?


Satu persoalan yang besar - tetapi tidak dapat dihayati kita semua. Sedangkan persoalan tentang halatuju/objektif/matlamat adalah perkara yang paling basis bagi sesuatu organisasi. Tanpa matlamat yang jelas, tidak guna kita bersusah payah menubuhkan persatuan.


Kita berdegar2 bercakap. Merancang tu..rancang ni.. Bab planning ni kita no satu. Tapi sayangnnya...benda basic tu kita x tahu. Ia dapat diibaratkan seperti kita berada di tepi pantai. Di hadapan kita adalah lautan biru yang terbentang luas. Lalu kita mencari sebuah sampan beserta pengayuhnya. Dan kita bersama-sama menaiki sampan itu lalu mengayuhnya sekuat hati kita. Kita trus kayuh dan mengayuh. Tetapi malangnya, kita tidak tahu ke mana destinasi kita.


Kerja bodoh?


Bukankah itu kerja bodoh namanya. (maaf kalau terkasar). Silap-silap hari bulan, kita semua tenggelam di lautan....dek kerana mencari pasal menduga lautan dalam. Kalau tak pun, mati kebuluran disebabkan kita berlayar tanpa membuat persediaan yang secukupnya.


LESU


FASSMA kelihatan begitu lesu dalam merencana programnya. Selama persatuan ini ditubuhkan, sudah berapa program dapat dijalankan? 100? 200?


Program2 yang dirancang hilang kemana? Usrah jalan ke? Berapa kali kita turun ke sekolah? Apa yang kita da lakukan (secara individu) selain daripada jadi fasi tamrin?


Kalau nak disenaraikan..maka panjang sangatlah post ni. Yang paling mudah, da berapa kali kita buka blog FASSMA ni? Sekali sehari? Sekali seminggu? Atau sekali sebulan? mmmm...atau mungkinkah kita baru tahu yang FASSMA ni ada blog?

Perancagan da mantap...cuma pelaksanaannya lesu. Kalau direnungkan..blog ni dibuat saja2 ke? Entahlah..ana yakin semua tahu jawapannnya. Hargailah orang yang bertungkus-lumus menjayakannya.


KOMITMEN

Mungkin jawapan bagi semua persoalan2 ini ialah berkaitan dengan komitmen kita. Bukan semua tiada komitmen. Ana kagum dengan beberapa orang antara kita yang dapat memikirkan inisiatif sendiri untuk menggerakkan FASSMA. Beli majalah untuk sekolah, buat liqa, turun sekolah, update blog, tanya khabar adik2 dan banyak lagi. Tapi masalahnya tidak semua berkomitmen sebegitu rupa.


Apa yang kita dah sumbangkan kepada FASSMA. Adakah kita telah bekorban sepenuhnya untuk FASSMA? Da berapa ringgit kita habis untuk FASSMA? Atau kita sekadar ahli yang mencukupkan korum kehadiran mesyuarat?


Destinasi

So, kemana destinasi kita? Jawapannya ada. Selalu kita sebutkan di dalam mesyuarat. Cuma bergantung kepada kita samada ingat ataupun tidak.



Lastly..FASSMA akan terkubur jika kita terus macam ni. Fikir-fikirkanlah....


http://greensaff.blogspot.com/

2 comments:

  1. salam..

    ana setuju ape yg dilontarkan oleh sahabat..alhamdulillah...jadi..marilah kita perkemaskan lagi saya perjuagan persatuan kita ni..sebab masing2 dah dapat Universiti dan x lagi dalam pengajian asas atau foundation yg sangat menyibukkan,,,marilah kita terus bergerak...skrang ni lah mase yg sesuai..

    ana boleh lihat yg kita boleh mengambil peluang ini melalui sekolah..sebab sekolah kita dah dapat title kluster dan semestinya peruntukan program2 pembangunan sanagat banyak..dan diharapkan kita dapat memainkan peranan dalam merangka aktiviti2 sekolah...gunakan peluang ini..

    walaupon ana agk terlau sibuk ngn kerja MPP..tetapi luangkanlah mase utk gerak kerja kita ini...bohong lah kalau kita terlalu sibuk sampai xdapat buat kerja2 macam ni..jadilah seperti pemuda seperti zaid bin Harithah,dan sahabat2 nabi yg lain yvg sanggup berkorban apa saja utk islam..ingatlah bahawa ade satu pintu yg nenunggu kita....

    ReplyDelete
  2. salam..

    pabila mbaca apa yg ayeh n muid utarakan, ada betolnya..sometimes, ana pon nmpk yg Fassma dh x berapa nk bgerak..n ana xnak ckp nie slh sesape sbb mybe ana salah sorang yang bsalah..blog nie, even ana jd leadernye, tp ana jrg update..
    mybe sem 3 di intec amat2 membusykan dri ana, tp actually ana bleh je mluangkan msa ana ckit..

    so, dkesempatan nie, ana nak mintak maaf sgt2 sbb sometimes bminggu2 ana x buka laptop smpai bhabuk..so, after this ana kan divide my time wisely 4 dis blog, n x 4 dis blog jer, but 4 any Fassma's progs after dis..

    Apa yang ana nnmpak, ukhwah kita pon dh x kuat, mungkin sbb dh lame x jumpa..

    n..wat about prog "KAKI" ke ape 2??jadi ke?hope so..x sbar nk trun skul..lau nak harapkan time x cuti, hujung minggu ana pon sibuk, lau bkn ngan daurah, ngan kn handle prog..so soory 4 dat..

    lastly, ana hrp FAssma trus bgerak dgn bermatlamat...

    tetiba teringat ayat ni..

    ~no matter how busy u'r, put ur priorities right~...(ana pon terasa)...:)

    ReplyDelete