Monday, September 13, 2010

Gathering Hari Raya 2010

Selamat hari raya aidilfitri! Rasanya belum terlambat untuk ucap selamat hari raya kepada semua ahli FASSMA dan juga semua pengunjung blog ini. Buat kali keduanya, kami telah mengadakan gathering sempena Hari Raya Aidil Fitri bertempat di rumah sahabat kita Hayana. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada Hayana kerana telah menjadi tuan rumah pada tahun ini. Kepada Hayana; satay, bihun goreng, kek keladi, air oren dan biskut raya sangat sedap.. Jrugi kalau x datang. Antara tetamu terhormat pada hari itu ialah Afifah, Malihah, Adnie, Haziqah, Liyana, Hazlinda, Izzat, Arif, Asif, Gowe, Azwan, Choy, Pok Chek..maaf kalau ada yang tertinggal. Kadang kala pengalaman tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun tulisan, jadi apa kata kalau kita layan gambar..(maaf gambar ni tak banyak, jadi kepada sesiapa yang ada gambar lagi, silalah uploadkan, jadi kita boleh berkongsi kegembiraan kita.. J )





Di kesempatan ini juga, Fassma ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang telah memberikan sokongan yang padu kepada Fassma sama ada secara direct atau tidak. Maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap. Di kesempatan ini juga, saya selaku Admin blog Fassma sepanjang tahun 2009-2010 ingin mengucapkan maaf jika blog ini telah menganggu kesejahteraan saudara saudari. Rasanya setakat ini sahaja khidmat saya, dan sudah tiba masanya saya mngundur diri. Post kali ini mungkin adalah yang terakhir dari saya, jika ada kesempatan saya akan berkongsi cerita di blog ini. Jadi, blog ini akan berada di bawah kelolaan sahabat-sahabat saya Choy dan Syahir hingga seterusnya. Saya fikir ini adalah yang terbaik kerana mungkin menjadi kesukaran sedikit kerana saya akan berada jauh nanti. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada pengikut setia blog ini, teruskan dengan kesetian anda. Mohon maaf sekali lagi jika ada salah dan silap sepanjang saya mengendalikan blog ini.. sepuluh jari disusun.

Alang-alang mencapap, Kepada Choy dan Syahir; selamat memjadi blog admin! Kepada FASSMA; selamat maju jaya! Teruskan berkhidmat untuk SMACH! Teruskan berkhidmat atas namaNya! Kepada SMACH; semoga terus gemilang. Akhir kata dari saya; ingatlah syurga Allah itu mahal,moga sedikit usaha kita dalam Fassma dapat memberi tabungan kepada kita untuk membeli syurgaNya. .insya Allah. J

Salam perpisahan,

haziqah