Wednesday, February 23, 2011

Jernihnya air itu....Moga hati kami juga sejernih itu..












Jernihnya air itu...ALHAMdulillah, Allah itu Maha Mengetahui bhawa hambaNYA yang seorang ini sangat suka melihat keindahanNYA dan aku diberi peluang pada hari kelahiranku mendaki sebuah bukit yang perjalanannya memakan masa selama lebih kurang sejam setengah perjalanan tanpa henti.. apabila smpai di kawasan air mata air, subhanAllah indahnya keindahan alam ciptaan Allah. Aku bebas untuk minum air mata air tersebut yang terjamin kebersihannya menurut encik tersebut, insyaAllah.... sejuknya dan manisnya air bukit itu membuatkan hati ini x henti2 mengucapkan khalimat alhmdulillah atas peluang yang diberikan oleh Allah kepadaku...

Selesai sahaja solat dhuha di atas salah satu batu besar yang dikelilingi air, perlahan-lahan kumasukkan kakiku ke dalam air yang sejuk itu. Kelihatan beberapa ekor anak ikan menghampiri kakiku dan SubahanaAllah, ikan-ikan tersebut mengelilingi kakiku dan menggigit kakiku seperti massage yang kulihat dalam tv yang menggunakan ikan sebagai theraphy. Pengalaman ini tidak mungkin aku lupakan. Di saat itu, aku terpikir untuk sama-sama berkongsi dengan sahabat2 ku tentang indahnya kurniaan Allah.. terdetik di hatiku nikmat yang Allah berikan kepada kita iaitu nikmat yang paling besar yang patut kita syukuri iaitu nikmat Islam dan Iman. di saat sujudku di atas batu tersebut, menitis air mataku mengenangkan nikmat yang Allah berikan ini. Betapa Allah sayangkan kita wahai para sahabatku kerana kita adalah insan terpilih yang ALlAH pilih untuk menjadi khalifahnya di muka bumi ini..

Sama-samalah kita muhasabah setiap hari,di setiap kali sujud kita, setiap hari di dalam doa kita, adakah kita telah cuba untuk menjadi hambanYA yang terbaik.. Jika tidak, berdoalah agar Allah memberi kekuatan kepada kita agar kita tidak terkandas di tengah jalan dalam perjalanan mencari redhaNYA.. moga Allah memberi kekuatan kepada kita..amin...

Ya Allaah, ya rahman, peliharalah iman-iman kami.. jagailah hati-hati kami..Kuatkanlah kami dengan cinta kepadaMU, kuatkanlah kami dengan indahnya tawakal kepadaMU.. sesungguhnya, Engkau adalah sebaik2 penolong kami.. amin, ya robbal alamin..

p/s:pixel tepon x bgus, gambar sebenrnya sgt cntik(",)


wahai diri.....


http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1723-di-kala-rasa-lemah-itu-menjengah.html

Monday, February 21, 2011

Perjuangan indah seorang pemuda...

Monday, February 14, 2011

Bukti Allah sayang kita.....



13 Bukti Allah Menyintai Kita


1-Allah menganugerahkan agama dan Hidayah,

ketahuilah Allah menyintai kita.

و ان أعطاك الله المشقّات و المصاعب و المشاكل فاعلم ان
الله يحبك و يريد سماع
صوتك في الدعاء

2-Allah memberi kita pelbagai musibah, ketahuilah Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita.


و ان أعطاك الله القليل فاعلم ان الله يحبك و انه سيعطيك

الأكثر في الآخره


3- Allah hanya memberi sedikit sahaja nikmat di dunia, ketahuilah Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung pada kita di Akhirat kelak.


و ان أعطاك الله الرضا فاعلم ان الله يحبك وانه اعطاك

اجمل نعمة

4-Allah memberi keredhaan kepada kita, ketahuilah Allah telah memberi kepada mu sebaik-baik nikmat.


و ان أعطاك الله الصبر فاعلم ان الله يحبك و انك من

الفائزون

5- Allah kurniakan kepada mu sifat sabar, ketahuilah kamu telah tergolong dalam golongan mereka yang berjaya.


و ان أعطاك الله الاخلاص فاعلم ان الله يحبك فكون

مخلص له

6- Allah kuniakan kepada mu Ikhlas, Sesungguhnya Allah ingin melihat kamu ikhlas kepadaNya.

و ان أعطاك الله الهم فاعلم ان الله يحبك و ينتظر منك
الحمد و الشكر

7- Allah memberi kepadamu Ilham, ketahuilah Allah kasihkan kamu dan menunggu dari lidahmu, ucapan syukur dan pujian mu kepada Nya.


و ان أعطاك الله الحزن فاعلم ان الله يحبك و انه يخـتبر

ايمانك

8- Allah menganugerahkan sedih dan duka kepada mu, ketahuilah Allah cintakan kamu dan ingin menilai keimanan mu.


و ان أعطاك الله المال فاعلم ان الله يحبك و لا تبخل على

الفقير

9-Allah kurniakan harta kepadamu, itulah tanda Allah menyintai mu dan janganlah kamu bakhil terhadap golongan fakir.


و ان أعطاك الله الفقر فاعلم ان الله يحبك و اعطاك ما هو

اغلى من المال

10-Allah beri kepada mu keadaan fakir, ketahuilah Allah cinta kepadamu dan telah memberi kepada mu sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta.

و ان أعطاك الله لسان و قلب فاعلم ان الله يحبك استخدمهم
في الخير و الاخلاص

11-Allah menganugerahkan kepada mu lidah dan hati, ketahuilah Allah menyintaimu untuk mempergunakan keduanya ke arah kebaikkan dan keikhlasan

و ان أعطاك الله الصلاة و الصوم و القرآن و القيام فاعلم
ان الله يحبك فلا تكن

مهملاً و اعمل بهم

12- Allah memberi kepada mu Solat, Puasa, Al-Quran dan berjaga malam. Ketahuilah Allah menyayangi mu, Maka janganlah kamu tidak memperendahnya atau mempermainknnya.. Tetapi beramallah dengannya.

و ان أعطاك الله الاسلام فاعلم ان الله يحبك

13- Allah menganugerahkan Islam kepada mu, ketahuilah Allah telah menyayangi mu.

“LEADERSHIP AWARENESS AND STRATEGIC PLANNING PROGRAM 2010”

Pada 8 Disember 2010 bertempat di sekolah Menengah Sains Machang (SMACH), telah diadakan satu program iaitu Leadership Awareness and Strategic Planning Program 2010. Program ini telah disertai seramai 31 orang pelajar iaitu 14 perempuan dan 17 lelaki bakal pimpinan pengawas, persatuan badan dakwah dan rohani (BADAR), dan juga persatuan rakan sebaya (PRS). Program ini lebih menjurus kepada pengurusan organisasi secara lebih sistematik. Di akhir program, para peserta akan menghasilkan planner mengikut badan masing-masing yang lengkap dengan tarikh yang akan dijalankan pada tahun 2011.

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program..

























Thursday, February 3, 2011

Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Bila Hari Hujan?


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam

dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu

dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya

Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar

seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat

dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan

seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini

masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika

hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca

sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada

anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah

hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun

yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan

risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada

pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih

ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari

siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula

mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di

rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar

dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun

sekali lagi tiada jawapan.


Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam

memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak

menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah

perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini

yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk

pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan

dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi

saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap

anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu

lagi diketatkan di leher.


Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini

setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi

ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.

Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu

dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang

hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.

Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang

berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya

yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah

yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang

sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada

makhlukNya yang penyayang ....