Wednesday, January 27, 2010

sakit kepala




Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah :

“Bahawasanya
jika Rasulullah saw sakit kepala, Baginda menutupi kepalanya dengan inai
Baginda berkata : Sesungguhnya inai itu bermanfaat, dengan izin Allah swt untuk
menyembuhkan sakit kepala.”


Sakit kepala menurut ilmu dapat
dibahagikan kepada dua kategori iaitu:


1.
Intracranial,
yang mana sakitnya bermula dari dalam tengkorak.


2.
Extracranial,
yang mana kesakitan terdapat di mana-mana.


Antara
sebab-sebab sakit kepala pula adalah :


1.
Pengaruh
dari cairan tubuh, iaitu darah dan hempedu.


2.
Luka-luka
dalam perut.


3.
Angin
berat yang ada dalam perut naik ke kepala.


4.
Perut
penuh berisi makanan, makanan yang belum dicerna memberatkan kepala.


5.
Udara
yang sangat panas atau dingin.


6.
Kurang
tidur.


7.
Tekanan
benda keras ke atas kepala.


8.
Banyak
bercakap.


9.
Olahraga
yang berat dan memberikan gegaran kepada otak.


10. Tekanan jiwa seperti sedih, susah,
was-was.


11. Sangat lapar.

12. Akibat dari demam panas.

13. Kanser.

14. Darah tinggi.

Sebenarnya
menggunakan inai bukanlah satu-satunya cara mengubati sakit kepala. Antara cara
lain yang boleh digunakan ialah dengan muntah, makan, istirehat yang cukup,
tuam dan juga menjauhkan diri dari suasana yang bising.


Jika
anda ingin mencuba menggunakan inai, caranya ialah dengan tumbuk halus inai dan
campur dengan sedikit cuka. Kemudian, dibalut dahi dengannya. Cara ini bukan
sahaja boleh digunakan untuk mengubati sakit kepala, malahan sakit yang lain
akibat angin panas dan juga bengkak panas di permukaan kulit. Tarmidzi meriwayatkan
bahawa Rasulullah saw meletakkan inai pada anggota badannya yang luka tertusuk
duri. Ini jelas menunjukkan bahawa inai banyak kegunaannya.



No comments:

Post a Comment