Wednesday, January 6, 2010

INDAHNYA TAWAKAL...

INDAHNYA TAWAKAL ....

Redha dan tawakal sepenuhnya kepadaNYA..ana pasti tentu setiap insan pernah merasainya..di sini ada sebuah kisah benar yang menggambarkan indahnya tawakal kepadaNYA kerana ALLAH tidak pernah menghampakan orang yang sentiasa redha dan tawakal dengan setiap yang menimpanya...Bersangka baiklah denganNYA....


Nur Izzah Batrisya..satu nama yang cukup cantik pada pandanganku. Namun apabila umurnya menginjak 1 tahun, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa terhadap bayi comel ini. Kutahu, betapa abang dan kakakku begitu terkejut dengan apa yang sedang dialami oleh anak comel mereka. Izzah telah didiagnose menghidap meningitis(infection of the brain). Hari pertama di ICU, doktor mengatakan mereka terpaksa memberi ubat tidur kepadanya untuk mengelakkan daripada shock terus berlaku yang mana jika tidak dikawal boleh mendatangkan kecacatan pada bahagian otak. Hari kedua kami dikejutkan pula dengan permintaan doktor yang meminta agar air spinal cord(tulang belakang) Izzah diambil bagi mengetahui virus apakah yang berada di dalam kepala Izzah sekarang..menurutnya stakat ini ubat yang terbaik telah diberi dan kami harus berdoa semoga ubat itu adalah ubat yang terbaik yang mampu melawan infection tersebut.

Ketika itu, dapat kulihat air mata mengalir di pipi kakak iparku..abangku cuba menelefon dan bertanya tentang effect jika air spinal cord tersebut diambil..setelah dibincang dengan ahli keluarga, abangku mengambil keputusan untuk tidak membenarkan procedure itu dibuat.

“sekiranya memang ditakdirkan Izzah akan meninggalkan kita, maka dia tetap akan pergi. Jangan sakiti badannya. Allah mengetahui apa yang terbaik untuknya. Allah mengetahui akan hati2 kita. Yakin dengan Allah, redha denganNYA”


Abangku pasrah sambil berkata kata-kata ini. Kagumku pada abang yang begitu redha dengan apa yang berlaku. Terdetik dalam hatiku, kiranya memang ditakdirkan Izzah lebih disyangi oleh Allah, kami akan meredainya . Tetapi belum sempat abangku memberitahu doktor tentang jawapanya, satu lagi kejutan yang terpaksa kami terima pada hari yang sama. Doktor meminta kebenaran untuk membuat ujian MRI(magnetic resonance imaging) untuk melihat sama ada, ada darah beku atau tidak in Izzah’s brain. Hal ini kerana, aktiviti kepalanya terus menurun daripada paras normal. Dan doktor mengesyaki bahawa kemungkinan besar terdapat darah beku di dalam kepala Izzah.. sekiranya ada, surgery perlu dilakukan secepat mungkin bagi menyelamatkannya..Ketika itu hanya Allah yang tahu akan isi hati kami..pada hari yang sama, Izzah dibawa kehospital lain untuk menjalani test itu..

Perasaan yang sangat sedih, takut itulah yang dialami olehku sebagai ahli keluarga. Air mata sentiasa mengalir kerana takutnya bila memikirkan jika Izzah tidak akan membuka mata lagi. Abangku terdiam kerana kutahu sememangnya tiada kata yang dapat menggambarkan perasaannya melihat satu-satunya anak kesayangannya sedang bertarung dengan maut...
Ketika menunggu keputusan dari doktor, kami sekeluarga telah membuat smbahyang hajat di rumah. Doa demi doa dititipkan moga Allah memberi kesabaran kepada kami semua terutamanya untuk abang dan kakak iparku. Aku yang turut sama menunggu keputusan ujian dengan abang berasa sangat takut. Tiba2 abangku berkata,

“dalam hati setiap manusia, terdapat kekuatan yang tidak akan terurai kecuali dengan menerima kehendak Allah. Dan hati yang hidup inilah yang yang mampu merasai betapa indahnya tawakal”


Semakin kagum aku dengan abang yang begitu teguh dengan sikap tawakalnya. Alhamdullilah, keputusannya telah menggembirakan kami. Tiada darah beku. Maha Suci Allah Yang Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Dan seterusnya ialah kami perlu menunggu Izzah sedar esok kerana doktor memberinya ubat tidur hanya untuk dua hari sahaja. Jadi, esok adalah hari penentu. Jika dia tidak sedar, bermaksud ada sesuatu yang perlu dilakukan.

Keesokkan harinya, Izzah sedar agak lewat iaitu pada waktu malam. Kedua-dua matanya menjadi juling kerana penyakit tersebut. Alhmadulilah, sebulan lebih selepas itu, Izzah dibenarkan keluar dari hospital. Sekarang, Alhamdullilah dia semakin sihat. Matanya juga tidak ketara julingnya. Walaupun sekarang terdapat atropy(reducing in size) pada otaknya, doktor sangat terkejut kerana pada hakikatnya Izzah sudah menjadi seperti kanak2 normal. Perkembangannya adalah tidak seperti yang diramal oleh doktor berdasarkan pada pada xray kepalanya. Sesuatu yang x terjangka oleh kami, tapi itulah yang dapat kukatakan, indahnya tawakal dalam redhanya..
Aku yakin, inilah hikmahnya apabila bersangka baik dengan apa ketentuan yang Allah takdirkan. Doa itu adalah senjata muslim. Allah sentiasa mendengar akan doa2 kte. Rahmat Allah itu sngat luas, jadi janganlah berputus asa dengan rahmatNYA...Janji2 Allah adalah benar, untuk hamba-hambanya yang berusaha...

Allah berfirman: “Berdoalah kepadaKU, nescaya akan kuperkenankan doamu”
(Surah al-Mukmin : 60)


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
(Surah Asy-Syarh : 5-6)

No comments:

Post a Comment