Wednesday, January 27, 2010

Makan miNum Rasulullah saw



1)Makan menggunakan tangan


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. 



Mengapa?

Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.



Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan.



2)Cara Rasulullah mengunyah:



Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.



3) Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).



Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.




4) Cara minum



•Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.



• Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang  
  kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
  iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.



•Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.



•Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
 

 

No comments:

Post a Comment