Tuesday, April 6, 2010

Letihkanlah Dirimu di Dunia

Assalamualaikum Che (mungkin bukan nama sebenar).

Waalaukummussalam..

Aik, sedih jek muka. Sambil study Bio pun boleh sedih ke? Apa story dalam buku Bio tu yang sedih sangat nie..?

Che tetibe je cakap:

Sedih la..sebab tak rasa letih..

Hah? Biar betul Che nie. Orang tak nak letih, dia pulak sedih sebab tak letih. Sihat tak nie? Kataku sambil mengecek suhu dahi Che..erm..sihat2 aja, takla demam panas..


 

Che macam nak bagitau sesuatu, aku hanya diamkan diri menungu dia bersuara.

Takdalah, camni, aku sedih sebab aku tak rasa letih pon sepanjang aku jadi murabbi nie. Inikan pulak nak luka-luka, jauh dari itu. Aku teringat perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat. Tentu mereka dapat merasakan keletihan tu, aku baca cerita diorang pun dah rasa sendiri, apatah bahu yang memikul…


 

Hatiku turut 'terkesot' dengan kata-kata kawanku sorang ni. Betul jugak. Tak da letih sangat pun sepanjang jadi murabbi ni, sekadar pergi program, pergi usrah, handle program ni sikit, program ni sikit, tak da lah pape pun kalau nak dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah saw – pemimpin, murabbi, suami, ahli politik, hamba Allah swt, sahabat, bapa. Rasulullah saw pergi perang ni, perang ni, setiap kali perang pulak perjalanan jauh, bukannya macam sekarang, ada keta, moto, paling lambat pun KTM.. tapi mereka dulu hanya ada unta, dan majoritinya jalan kaki sahaja untuk pergi berperang..


 

Jika kita sekarang, sanggupkah kita berjalan kaki dari Kelantan ke KL untuk ke berjihad menimba ilmu? For sure, tak da sesiapa sanggup walau buat konvoi sekalipun..

Jika kita sekarang, pernahkah luka kerana berjihad di jalan Allah swt? Pernahkah pengsan @ demam panas sebab banyak sangat handle usrah? Demam sebab mandi hujan adalah..

Jika kita sekarang, pernahkah kaki bengkak-bengkak sebab Qiam di malam hari? Bengkak kaki sebab lama sangat shopping adalah..

Jika kita sekarang, pernahkah orang ugut nak bunuh sebab rasa tergugat dengan ajaran yang kita bawa? Ala..setakat 'kalau awak tak nak ponteng usrah, saya tak nak kawan ngan awak' tu bukan ancaman namanya..

Jika kita sekarang, sanggupkah kita pergi berperang di padang pasir, tambah lagi pada bulan puasa? Kalau mak suruh pergi beli kicap kat kedai pun kita kata letih puasa…


 

Sahabat,

Cuba sahabat dan saya bayangkan kita berada di Hari Perhitungan kelak.. pabila Allah swt bertanya kepada kita, " Apakah yang telah kamu lakukan semasa zaman remaja?". Kita nak jawab apa sahabat? Di hadapan Allah nanti kita tidak dapat menipu lagi..takkanlah kita nak jawab, " Shopping, tidur, makan, dating, lepak-lepak kat Bukit BIntang, main besbol, kacau adik????" Apakah betul amalan yang kita lakukan sekarang akan membawa ke syurga? Hanya iman di hati dapat menjawab soalan itu… J

Apa kita nak jawab pabila Allah mnanyakan " Apa yang buat bila saudaramu ditindas?", "Apa kamu buat bila kawan-kawanmu melakukan maksiat?" dapatkah kita menjawab semua persoalan itu???

Teringat kisah seekor burung kecik ketika Nabi Ibrahim diseksa dengan dibakar. Burung kecil itu berusaha bersungguh-sungguh membawa air untuk memadamkan api yang membakar NAbi Ibrahim, dengan paruhnya. Jika kita lihat paruh burung, x dalah sebesar mana pun, mesti muat sikit jer air. Tapi burung tu tak putus asa. Kenape? Sebab nanti, bila di akhirat kalau Allah bertanya kepadanya apa yang telah dia lakukan ketika nabinya dibakar, dia dapat menjawabnya. Sahabat, cuba kita reflect diri kita, adakah kita telah melakukan banyak perkara untuk Islam? Or at least, sedikit apa yang dilakukan oleh burung itu..

Sahabat, adakah dengan join FAssma ni sudah cukup untuk menjawab pertanyaan Allah kelak? Insya Allah kita ada jawapannya nanti bila ditanya, jika kita benar-benar telah berusaha. Bayangkan jika Allah bertanya;

'Apakah yang telah kamu lakukan ketika zaman persekolahanmu?'

'Apakah kamu amanah dalam tanggung jawabmu?'

'Apakah kamu telah mencegah ,maksiat yang berlaku di sekolahmu?'


 

Tepuk dada tanyalah iman..


 


 


 

No comments:

Post a Comment