Tuesday, April 6, 2010

Tunaikan 10 Hak

Imam Syafie memberi wasiat ;

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut:


  1. HAK DIRI iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  2. HAK MALAIKAT MAUT iaitu mengqadakan kewajiban-kewajiban yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.
  3. HAK KUBUR iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. HAK MUNKAR NAKIR iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
  5. HAK MIZAN iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menangung kesulitan
  6. HAK SIRAT iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. HAK MALIK iaitu banyak menangis kerana takutkan Allah swt, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah secara terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  8. HAK RIDHWAN iaitu reda kepada reda Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
  9. HAK RASULULLAH SAW berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunnah, menyayanyi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan dari Allah.
  10. HAK ALLAH mengajak manusia kea rah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

No comments:

Post a Comment