Tuesday, April 6, 2010

~jOom pikiR~

Salam alaik..hah! post kali nie, kami nak wat 2-way coomunication..camner? senang ajer… lepas baca…korang kena jawab persoalan yang ada..mungkin jawapan yang anta/anti bagi membuka minda semua orang yang lain..kiranya post kali nie btemakan 'sharing is caring' la..jangan lupa kongsi apa yang korang pikirkan ek..

Sabda Rasulullah saw; "Sampaikanlah dariku walau satu ayat."


PERSOALAN 1 :

Kenapa kita tidak dapat melihat Allah? Kenapa Allah tidak menampakkan diriNya kepada hamba-hambanya?


PERSOALAN 2:

Kenapa Allah swt hanya menerima amalan orang-orang yang beriman (Muslim) dan tidak orang-orang kafir?


PERSOALAN 3:

Kenapa Islam meletakkan ucapan dua kalimah syahadah sebagai rukun Islam yang pertama?


PERSOALAN 4 :

Bagaimana kita yakin dengan kewujudan Allah swt dan sifat-sifatNya?


PERSOALAN 5:

Kenapa Allah swt mengutuskan para Rasul dan tidak menyampaikan wahyuNya secara terus kepada semua hambaNya?


PERSOALAN 6:

Apakah bukti-bukti bahawa Rasul-rasul yang diutuskan tidak berbohong?


PERSOALAN 7 :

Apakah ciri-ciri yang membezakan al-Quran daripada kata-kata manusia? Apa kata anda tentang pendapat orang yang mengatakan al-Quran daripada syaitan?


PERSOALAN 8:

Kenapa Allah taala menurunkan al-Quran?


PERSOALAN 9:

Apakah bukti al-Quran itu mendahului ilmu moden?


PERSOALAN 10:

Adakah adil orang yang mati terdahulu (nenek moyang kita) menanggung azab kubur lagi lama dari kita?


Setakat itu dululah soalan dari ana. Jom kongsi jawapan-jawapan antum/na semua.

(sila note no.soalan dlm jawapan antum/na)


Sharing is caring!

4 comments:

  1. setelah sekian lama soalan2 nie x terjawab..akhirnya adm terpanggil u mjawab sgala persoalan..harap2 anda2 dpt topup2..

    PERSOALAN 1 :

    Kenapa kita tidak dapat melihat Allah? Kenapa Allah tidak menampakkan diriNya kepada hamba-hambanya?

    cuba kita pikir, knp kita dpt lihat benda2 lain..sbb pantulan cahaya dr benda tu kn kat retina mata kita kan? cahaya 2 aper? makhluk Allah kan? so, kenapa Allah susah2 nak mjelmakan dirinya ke dalam makhlukNya/ciptaanNya (cahaya) sedangkan Dia lagi Agung dr ciptaanNya? renungkan..

    ReplyDelete
  2. PERSOALAN 2:

    Kenapa Allah swt hanya menerima amalan orang-orang yang beriman (Muslim) dan tidak orang-orang kafir?

    to be short...analoginya macam nie..
    ada dua orang pengguna tetap Petronas..namanya En.A dan En.B.

    En.A ~ setiap hari akan stop by kat Petronas nak isi minyak motornya sebanyak RM2..

    En.B ~ setiap hari stop by kat Petronas nak isi minyak Mercedesnya RM30...

    setelah 2 tahun berturut2 buat mcm 2..En.A dapat voucher RM500 dari Petronas..En.B pulak tak puas hati sbb dia lagi byak spend duit kat Petronas..

    adil @ tidak adil..???

    adil sbb En.B tak der kad Mesra, so, tak leh nak tebus point..begitulah jugak Islam, hanya yang ada "kad Mesra" jer diterima amalannya..

    ReplyDelete
  3. PERSOALAN 3:

    Kenapa Islam meletakkan ucapan dua kalimah syahadah sebagai rukun Islam yang pertama?

    analoginya:
    jika kita nak masuk rumah, mestilah buka pintu dulukan? pintu rumah Islam adlh kalimah syahadat..
    pintu syurga juga adlh kalimah syahadat..

    rujuk Muhammad:19.

    jika kita tidak memahami tauhid (akidah), maka kita tidak akan mgenali Tuhan dan tujuan hidup kita.
    dengan kalimah syahadat:
    1. kita akan mngetahui tujuan kita hidup
    (al-Mulk:22)
    2. hati manusia akan bersatu di bwh naungan Illahi (al-Imran:110/al-Hujurat:10)
    3.amal akan mjadi amal yg baik dan soleh (al-A'raf:96/Muhammad:7)

    kalimah syahadat mjadi tanda ikrar setia kita dengan Allah swt...

    jadi, renung2kan, adakah kita telah mmenuhi janji kita?

    ReplyDelete
  4. PERSOALAN 4 :

    Bagaimana kita yakin dengan kewujudan Allah swt dan sifat-sifatNya?

    KEWUJUDAN ALLAH SBG PENCIPTA:
    cuba kita tengok ngan mata kepala, ada x benda yang tiada pencipta?x dakan?
    kereta ada engineer-rumah ada buruh-etc la..

    so, alam semesta yang serba canggih nie tiada pencipta? Impossible..

    sebagaimana kapal terbang tiada pemandu akan jatuh terhempas, begitulah juga alam semesta, jika tiada siapa yang mengatur, pasti akan hancur lebur...
    teringat ana pada kisah Imam Hanafi.
    pada suatu hari, dia berjanji dengan seorang Ethist utk berbahas mengenai agamanya. dia berjanji akan berjumpa dengan orang itu selepas Asar. seperti yang dijanjikan, orang itu tunggu imam itu..stlah lama menunggu (hampir Maghrib) tibalah Imam Hanafi..Ethist td ttp sabar sbb Maghrib pon lepas asar jugak..ditanya kepada imam Hanafi knp lambat, dia menjawab tadi dalma perjalannya, tiada sampan nak seberangi sungai, puas dia tunggu..ditanyanya lagi, "mcmmana ko bleh sampai juga' . jawab imam hanafi, sbb tiba2 pokok di depan aku jatuh kdlam sungai, lalu pokok itu tbentuk menjadi sampan. ethist tu cakap;'jgn bohongla..takkan la tetibe jer jadi sampan, mesti ada yang kena buat'.
    imam hanafi;'begitulah juga dengan dunia nie, mesti ada yang menciptanya...

    (menjawab soalan?)

    SIFAT2 ALLAH:
    ~Besi yang digunakan dlm pembuatan kereta mnunjukkan bhw pembuat kereta mmpunyai besi. dia juga mahir utk mbentuk besi mjadi kereta.
    ~pembuat kereta mpunyai dawai utk mmbuat komponen elektrik dlm kereta.
    ~pembuat kereta mmpunyai kemahiran dlm teknologi pembuatan kereta.
    ~pembuatan kereta mempunyai kemahuan mngunakn bahan u membuat kereta...

    sebagaimana kita melihat kepada kereta, kita dpt mengetahui sifat pembuat kereta, begitu jugalah jika kita melihat kpd ciptaanNya, kita dpt mengetahui sifatNya..

    # kita dpt melihat hikmah atas setiap ciptaanNya (MAha Bijaksana)
    #kita dpt melihat kepakaran pd setiap makhluk ciptaanNya (Maha Mendalam PengetahuanNya)
    #kita dpt melihat petunjuk pd setiap ciptaanNya (Maha Memberi Petunjuk)
    #etc...continued..

    ReplyDelete