Wednesday, March 31, 2010

Aku budak tak da DNA



Kali ni ana nak kongsi satu kesah idop ana (yelah sangat..)..Camni, almost sebulan yang lepas, ana ada wat satu experiment bio nie, tajuknya DNA electrophoresis. Hah! Pernah dengar x? alaa, yang ala2 FBI @ CSI yang nak cari pembunuh tu, jumpa jek sample DNA kat crime scene, ye bawak balik makmal, masuk reagent nie, masuk reagent nie, dapat la detect sape penyer DNA yang dia jumper tu..

Tapi ni bukan al-kesah FBI, ni kesah saya..hehe.. Duration nak wat experiment ni bukan men la lama, 3 minggu gitu..mesti korang blurr kan ape la yang saya membebel ni..camni lebih kurang procedure experimentnye:

Fes week : Tebuk lubang kat tangan, collect darah yang kuar dalam satu bekas kecik. Pastu, add reagent nie, reagent nie, centrifuge dalam nie, heat dalam nie, incubate..

Seken week : Masukan ape benda ntah dlm DNA sample 2.. pastu letak dalam air batu yang takkan cair..(siyes nie…ada satu jenis artificial air batu tu, ye takkan cair walau dok tengah panas 2 3 jam..tak caye sudah)

Ted week : Ambik DNA sample, wat agarose jel, setup nie, setup nie, carry out electrophoresis (4 more information ape tu electrophoresis, sila Gooogle it, k)..

Setelah bertungkus-lumus wat experiment tu, terhasillah satu DNA sequence, yang hanya boleh dilihat dalam satu machine yang amat mahal, yang akan mengeluarkan UV rays..maka, the figures below shows the DNA band :


Nampak x? Nampak x? untuk pengetahuan korang sumer, DNA hak milik terpelihara ana dan rakan2ku tidak ada di situ.. ke mana? Hilang…wikiki..yang jalur2 penuh tu adelah marker dalam bahasa omputehnya n penanda dalam bahasa melayunye.. functionnya tak len tak bukan hanya untuk jadi penanda sebagaimana namanya.. setelah mendapat result yang sebegitu rupa, maka sedih dan meraung la sek2 FBI kerana tidak dapat menangkap pembunuh semut belakang rumah JWW Birch itu..kesian..

Hah, kawan2! Cube teka apa yang ana nak cakap..

1. Ana tak da DNA.

2. Sajer, suka2 nak promote diri kat blog Fassma..

3. Ntah…

4. Apesal tanya aku??

Mana satu jawapan anda? Senang jer, soalan objektif.. JAWAPANNYA IALAH, BUKAN SEMUA DI ATAS.

Sebenarnya, experiment nie membuatkan ana berfikir panjang lagi dalam tentang DAKWAH kita semua. Setelah berpenat lelah kat atas dunia nie, jalan sana, jalan sini, p daurah sini, p daurah sana, baca buku ni, baca buku tu, TAPI ADAKAH ANTUM/ANTUMNA SEMUA YAKIN BAHAWA KITA AKAN DAPAT HASILNYA KELAK?????

Kenapa ana cakap camtu? Cuba relatekan dengan experiment ana, 3 minggu ana and da gang bersusah payah-dari mengorbankan darah hinggalah masa dan tenaga, tapi akhirnya tiada hasil yang dapat nak di observed. Camtulah jugak dengan kerja dakwah kita..setelah bertahun2 bekerja, adakah kita yakin untuk dipersembahkan di depan Allah swt kelak? Bayangkan di hari perhitungan kelak, ketika Allah swt membuka kitab amalan kita, SEMUANYA KOSONG…don’t believe it? Believe it because it can happen to anyone of us.. betul ke nie? Tak percaya lagi ke?

Macam mana segala pahala boleh lesap begitu sahaja, bukan macam biskut Chipmore yang sekejap ada sekejap tak ada, tapi lesap selamanya.. bak kata Rabbani, Pergi tak Kembali Lagi, bak kata omputeh, GONE!! Nape?

1. MAYBE KITA RIAK

2. MAYBE KITA TAKABBUR

3. MAYBE KITA NAK FEMES SEMATA-MATA

4. MAYBE KITA NAK CARI KEPENTINGAN DUNIAWI

5. MAYBE KITA NAK CARI MAKWE/PAKWE YANG BAIK GAK

6. MAYBE KITA ‘TERPERANGKAP’ JE DALAM KERJA DAKWAH NI

7. MAYBE KITA NIAT TAK SUCI DAN MURNI

8. MAYBE KITA MENGUNGKIT-NGUNGKIT

9. MAYBE KITA TAK IKHLAS

10. ETC

KESIMPULANNYA, NIAT BUKAN KERANA ALLAH SWT!!!

Bak kata Imam Hassan al-Bana;

Sesungguhnya rugi orang di dunia, kecuali orang yang berilmu, sesungguhnya rugi orang yang berilmu kecuali yang beramal, dan sesungguhnya rugi orang yang beramal kecuali orang yang ikhlas.

Al-Baqarah,2:264 ~ Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (hati penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana ria’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya orang itu seperti batu yang licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh satu pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 kafir.

Ana harap ana sendiri dan sahabat2 semua beristighfar kepada Allah swt agar apa yang kita telah lakukan dalam kerja dakwah ini diterima olehNya tanpa cacat cela yang kita lakukan.

Berdoalah juga kepada Allah swt agar kita dijauhkan dari persaan riak dan takabbur. Hari tu ana g BTN and ana paling ingat ayat nie dalam doa perhimpunan pagi ;

“Ya Allah, jauhkanlah kami dari melakukan perkara keji yang Engkau benci..”

Berdoalah juga agar Allah sentiasa mengilhamkan kepada kita kesedaran untuk berpatah balik ke pangkal jalan setiap kali tersesat / terpesong dari landasan yang betul..

Ya Allah, jauhkan aku dari kefasikan, kemunafikan dan kekafiran..

Itu sahaja pesanan yang serba ringkas ini, khas untuk sahabat dan diri sendiri..

Shitft ur paradigm towards Allah swt.

No comments:

Post a Comment