
Wednesday, April 28, 2010
22 soalan mengagumkan..
Tuesday, April 6, 2010
Allah KnoWs
Allah Knows by Zain Bikha
When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
CHORUS
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
CHORUS (x2)
BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows
~jOom pikiR~
Salam alaik..hah! post kali nie, kami nak wat 2-way coomunication..camner? senang ajer… lepas baca…korang kena jawab persoalan yang ada..mungkin jawapan yang anta/anti bagi membuka minda semua orang yang lain..kiranya post kali nie btemakan 'sharing is caring' la..jangan lupa kongsi apa yang korang pikirkan ek..
Sabda Rasulullah saw; "Sampaikanlah dariku walau satu ayat."
PERSOALAN 1 :
Kenapa kita tidak dapat melihat Allah? Kenapa Allah tidak menampakkan diriNya kepada hamba-hambanya?
PERSOALAN 2:
Kenapa Allah swt hanya menerima amalan orang-orang yang beriman (Muslim) dan tidak orang-orang kafir?
PERSOALAN 3:
Kenapa Islam meletakkan ucapan dua kalimah syahadah sebagai rukun Islam yang pertama?
PERSOALAN 4 :
Bagaimana kita yakin dengan kewujudan Allah swt dan sifat-sifatNya?
PERSOALAN 5:
Kenapa Allah swt mengutuskan para Rasul dan tidak menyampaikan wahyuNya secara terus kepada semua hambaNya?
PERSOALAN 6:
Apakah bukti-bukti bahawa Rasul-rasul yang diutuskan tidak berbohong?
PERSOALAN 7 :
Apakah ciri-ciri yang membezakan al-Quran daripada kata-kata manusia? Apa kata anda tentang pendapat orang yang mengatakan al-Quran daripada syaitan?
PERSOALAN 8:
Kenapa Allah taala menurunkan al-Quran?
PERSOALAN 9:
Apakah bukti al-Quran itu mendahului ilmu moden?
PERSOALAN 10:
Adakah adil orang yang mati terdahulu (nenek moyang kita) menanggung azab kubur lagi lama dari kita?
Setakat itu dululah soalan dari ana. Jom kongsi jawapan-jawapan antum/na semua.
(sila note no.soalan dlm jawapan antum/na)
Sharing is caring!
Tunaikan 10 Hak
Imam Syafie memberi wasiat ;
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut:
- HAK DIRI iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- HAK MALAIKAT MAUT iaitu mengqadakan kewajiban-kewajiban yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.
- HAK KUBUR iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
- HAK MUNKAR NAKIR iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
- HAK MIZAN iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menangung kesulitan
- HAK SIRAT iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
- HAK MALIK iaitu banyak menangis kerana takutkan Allah swt, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah secara terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.
- HAK RIDHWAN iaitu reda kepada reda Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
- HAK RASULULLAH SAW berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunnah, menyayanyi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan dari Allah.
- HAK ALLAH mengajak manusia kea rah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
Letihkanlah Dirimu di Dunia
Assalamualaikum Che (mungkin bukan nama sebenar).
Waalaukummussalam..
Aik, sedih jek muka. Sambil study Bio pun boleh sedih ke? Apa story dalam buku Bio tu yang sedih sangat nie..?
Che tetibe je cakap:
Sedih la..sebab tak rasa letih..
Hah? Biar betul Che nie. Orang tak nak letih, dia pulak sedih sebab tak letih. Sihat tak nie? Kataku sambil mengecek suhu dahi Che..erm..sihat2 aja, takla demam panas..
Che macam nak bagitau sesuatu, aku hanya diamkan diri menungu dia bersuara.
Takdalah, camni, aku sedih sebab aku tak rasa letih pon sepanjang aku jadi murabbi nie. Inikan pulak nak luka-luka, jauh dari itu. Aku teringat perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat. Tentu mereka dapat merasakan keletihan tu, aku baca cerita diorang pun dah rasa sendiri, apatah bahu yang memikul…
Hatiku turut 'terkesot' dengan kata-kata kawanku sorang ni. Betul jugak. Tak da letih sangat pun sepanjang jadi murabbi ni, sekadar pergi program, pergi usrah, handle program ni sikit, program ni sikit, tak da lah pape pun kalau nak dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah saw – pemimpin, murabbi, suami, ahli politik, hamba Allah swt, sahabat, bapa. Rasulullah saw pergi perang ni, perang ni, setiap kali perang pulak perjalanan jauh, bukannya macam sekarang, ada keta, moto, paling lambat pun KTM.. tapi mereka dulu hanya ada unta, dan majoritinya jalan kaki sahaja untuk pergi berperang..
Jika kita sekarang, sanggupkah kita berjalan kaki dari Kelantan ke KL untuk ke berjihad menimba ilmu? For sure, tak da sesiapa sanggup walau buat konvoi sekalipun..
Jika kita sekarang, pernahkah luka kerana berjihad di jalan Allah swt? Pernahkah pengsan @ demam panas sebab banyak sangat handle usrah? Demam sebab mandi hujan adalah..
Jika kita sekarang, pernahkah kaki bengkak-bengkak sebab Qiam di malam hari? Bengkak kaki sebab lama sangat shopping adalah..
Jika kita sekarang, pernahkah orang ugut nak bunuh sebab rasa tergugat dengan ajaran yang kita bawa? Ala..setakat 'kalau awak tak nak ponteng usrah, saya tak nak kawan ngan awak' tu bukan ancaman namanya..
Jika kita sekarang, sanggupkah kita pergi berperang di padang pasir, tambah lagi pada bulan puasa? Kalau mak suruh pergi beli kicap kat kedai pun kita kata letih puasa…
Sahabat,
Cuba sahabat dan saya bayangkan kita berada di Hari Perhitungan kelak.. pabila Allah swt bertanya kepada kita, " Apakah yang telah kamu lakukan semasa zaman remaja?". Kita nak jawab apa sahabat? Di hadapan Allah nanti kita tidak dapat menipu lagi..takkanlah kita nak jawab, " Shopping, tidur, makan, dating, lepak-lepak kat Bukit BIntang, main besbol, kacau adik????" Apakah betul amalan yang kita lakukan sekarang akan membawa ke syurga? Hanya iman di hati dapat menjawab soalan itu… J
Apa kita nak jawab pabila Allah mnanyakan " Apa yang buat bila saudaramu ditindas?", "Apa kamu buat bila kawan-kawanmu melakukan maksiat?" dapatkah kita menjawab semua persoalan itu???
Teringat kisah seekor burung kecik ketika Nabi Ibrahim diseksa dengan dibakar. Burung kecil itu berusaha bersungguh-sungguh membawa air untuk memadamkan api yang membakar NAbi Ibrahim, dengan paruhnya. Jika kita lihat paruh burung, x dalah sebesar mana pun, mesti muat sikit jer air. Tapi burung tu tak putus asa. Kenape? Sebab nanti, bila di akhirat kalau Allah bertanya kepadanya apa yang telah dia lakukan ketika nabinya dibakar, dia dapat menjawabnya. Sahabat, cuba kita reflect diri kita, adakah kita telah melakukan banyak perkara untuk Islam? Or at least, sedikit apa yang dilakukan oleh burung itu..
Sahabat, adakah dengan join FAssma ni sudah cukup untuk menjawab pertanyaan Allah kelak? Insya Allah kita ada jawapannya nanti bila ditanya, jika kita benar-benar telah berusaha. Bayangkan jika Allah bertanya;
'Apakah yang telah kamu lakukan ketika zaman persekolahanmu?'
'Apakah kamu amanah dalam tanggung jawabmu?'
'Apakah kamu telah mencegah ,maksiat yang berlaku di sekolahmu?'
Tepuk dada tanyalah iman..