Tuesday, August 25, 2009

SultaN ahMad FateH

Hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai pembebasan Konstantinopal.



Sabda Nabi s.a.w ketika menggali Parit Perang Khandaq : "Konstantinopal ( Istanbul hari ini ) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.



(Hadis Riwayat Ahmad)



Hari ini sejarah hebatnya masih diingati. Ketokohannya sering menjadi contoh dan tauladan. Semangatnya tidak pernah padam tikamana Nabi s.a.w menyebut kota besar itu akan dibebaskan.



Siapa tahu tikamana umat Islam yang kecil di Madinah, sedang menggali parit, dengan jumlah yang tidak ramai, tiba-tiba Nabi s.a.w menjanjikan suatu yang sangat besar bagi ummat?



Ibarat kita hari ini yang akan menjatuhkan Amerika Syarikat dan Israel Yahudi yang menjadi kuasa besar, sedang umat sangat kecil dan lemah.



Tapi janji Nabi s.a.w adalah janji yang benar. Janji Allah s.w.t tidak pernah

dimungkiri oleh Nya.



Kita mesti belajar dari sejarah. Mesti mengambil iktibarnya. Mesti belajar darinya.



"Ambillah iktibar, wahai orang yang berakal. ( Al - Hasyr : 2 )






Potret Sultan Muhammad Al - Fateh



















No comments:

Post a Comment