Tuesday, August 25, 2009

raMadhan al-Mubarak

ABU HURAIRAH R.A TELAH MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA :





Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang

istimewa yang

belum pernah diberikan kepada sesiapa sebelum mereka.

Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa

adalah terlebih

harum di sisi Allah swt daripada bau haruman kasturi.

Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka

sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan

menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian

berfirman kepadanya :



‘Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaku

yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan

yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.’



Pada bulan ini syaitan-syaitan durjana dirantaikan supaya tidak

menggoda mereka ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada

bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan

Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini)

akan diampuankan.”



Maka sahabat-sahabat Rasulullah saw puan bertanya;

“Wahai pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?”

Dijawab oleh Rasulullah saw;



“Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu

diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya.”

No comments:

Post a Comment