Tuesday, August 25, 2009

GABENOR YANG HODOH

Suatu masa, wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh Gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki yang kacak wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbirannya, sehingga rakyat amat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya.

Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi Gabenor Khurasan yang baru. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan tidak begitu menarik.

Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang Gabenor Qutaibah ini yang bunyinya begini ;

Semasa Yazid mentadbir Khurasan,

Semua wajah kelihatan ceria,

Pintu2 nikmat dan kemewahan terbuka luas,

Tapi kini, diganti oleh monyet,

Di sekitarnya berwajah hodoh dan menakutkan..

Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, Gabenor baru ini amat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetapi si penyair terus melarikan diri dan menyembunyikan diri buat sekian lama. Akhirnya dia tidak tahan lagi bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya.

Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana Gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat daripada ibunya.

Tanya Qutaibah : “Dengan wajah apa engkau datang berjumpaku?”

“Dengan wajah yang kuguna untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik terhadapku dari aku berbuat baik kepadaNya. Dia tidak marah padahal kesalahanku kepadanya adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu.”

Qutaibah ketawa dan suka mendengarkan alas an si penyair itu. Lalu, dia pun dibebaskan .

Agak-agaknya, what is the moral of this story???

1) Rupa paras tiada nilainya di sisi Allah swt, yang membezakan hambaNya di sisiNya hanyalah iman dan takwa. Means that, how handsome/beautiful is he/she, doesn’t mean he/she will get into the heaven..but, it’s all about ur ‘ketaqwaan’ which helps u in the hereafter…insya Allah..

2) Selalulah memaafkan kesalahan orang lain..sedangkan Allah swt ampunkan dosa kita yang tinggi menggunung, lebih tinggi dari Gunung Everest, inikan pula kesalahan kawan kita yang seciput macam cengkodok tu..

3) Cepat2lah meminta maaf jika kita berbuat kesalahan dgn orang lain, sbb selagi kita tidak meminta maaf, slg itulah hati kita resah, kan?! And kita tak tahu bila ajal kita + ajal orang yang kita wat salah tu kan?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment