Saturday, April 11, 2009

~ayahku kata....~

Ayahku pernah berkata
Tanda orang beriman
Tingkahnya sopan
Bicaranya tertib
Dahinya lebam
Tanda kuat amalannya
Air mukanya
Sejuk mata memandang
Tidak ramai yang sebegitu
Tambah ayahku lagi
Cara tidurnya
Tidak seperti seadanya
Supaya segala isi kitab
Dapat diterola

Tidurnya bersila
Jika terlentok mudah terjaga
Pelajaran disambung semula

Dalam mencari kepastian
Aku hulurkan soalan buat ayah
Setelah keliru berbaur
Apabila satu mukim bertamu
Khatib lancar berbicara
Bersama khutbah Jumaat
Terlentok sana sini
Tidur bersila?
Ayah menguntum senyum
Membuat aku terus keliru..

Dipetik dari Berita Harian

No comments:

Post a Comment