Thursday, June 11, 2009

~Wasiat Iman Syafie~

Insya Allah lam post nie ana akan kongsi tentang Wasiat Imam Syafie. Wasiat beliau amat banyak, namun apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah wasiatnya supaya mengambil makanan yang halal, yakni tidak haram dan syubhah.

-pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan meyebabkan syaitan gerun- Imam Syafie..

Masya Allah, lau kita makan makanan yang sihat, syaitan pun gerun kat kita. Sebab apa, sebab kita sihat, dapat buat ibadat banyak, pastu syaitan takut la ngan kita. LAgi satu sebab kita tunaikan perintah Allah supaya makan benda yang halal. Alhamdulillah..Makanan dan minuman yang bersih amat dititik beratkan oleh Islam, bukan memberi kebaikan kepada siapa lagi kalau bukan orang yang mengikuti amalan itu. hal ini bertujuan agar makanan/minuman itu tidak memudaratkan manusia. erm, sungguh indah Islam itu kan??

Dalam satu hadis Rasulullah saw maksudnya : " Wahai orang2 yang beriman, makanlah kamu dari barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu." Imam Muslim.

berdasarkan hadis tersebut, terang2an bahawa junjungan besar kita juga menggalakan mengambil makanan yang bersih dan sihat.. Semakin ana menjadi tua ini, semakin banyak yang ana dapat dengar pendapat orang mengenai halal / haram ini. Dan daripada itu, ramai yang ana rasa mereka belum cukup pemahaman tentang halal / haram ini. Bukan untuk menyatakan bahawa ana begitu arif bagai ulama' dalam hal ini, tapi ana cuma ingin menyatakan ramai yg tidak begitu mngambil berat soal makanan mereka, dari apa ia dibuat, di mana ia dibuat, siapa yang membuatnya???

Jom kita tengok and bagi pendapat kita tentang dialog ini..(dialog ini Insya Allah bukan ana yang mereka2 tapi dari deria pendengaran ana sendiri..huhu)..Dialog ini bukan untuk dikutuk, bahawasanya 'pendialog' itu kurang ilmu, TAPI SETAKAT MANAKAH USAHA KITA UNTUK MEMBERI PEMAHAMAN KEPADA MEREKA2 ITU??? fikir2kan ...



Dialog A :

Upin : Erm, Ipin, aku da beli kopok nie kat koop tadi, tapi aku rasa benda nie cam x halal jer. Tapi tanda halal yang diluluskan oleh JAKIM seluruh dunia bab kata Colgate nie ada lak..Camner nie Pin??
Ipin : Alah, senang jer, lau ko nak makan, ko makan, tapi ko kena yakin la apa yang ko makan 2 hala, lau x yakin, jadi x halal la gak.. In my brain opinion, alang2 ko dah beli 2, ko yakin halal, pas2 ko makan la, hah, senang kan??


Dialog B :

Kak Ros : Laparnya...jom p beli roti kat situ.
Opah : Halal ke? Aku nampak tukang buat roti tu cam non jer..
Kak Ros : Ko ni prejudis sangat la..mesti halal, ni kan Malaysia.


Dialog C :

Mail : Ko makan aper 2 , pelik jer aku nampak. Halal ke?
Semail : Entahlah, aku makan jer apa yang ada, x memilih orang kata. Dah dia jual, beli je laa..takkan tak halal kot..

Cuba akhi/akhawat sekalian perhatikan dialog2 di atas. Mungkin simple and nothing rupanya, tapi cuba selami apa yang tersirat di sebalik kata2 tu semua..Jom kita discuss sama2, lau da yang tak setuju/ berapa setuju leh lah bagi comment ek..Sesungguhnya apa yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datngnya dari kesilapan saya sendiri..

Dialog A nyer mainpoint : Patut ker kita mengatakan bahwa yang haram itu halal? Mungkin dalam hal ini makanan yang dibeli Ipin syubhah, tapi jika benarlah ia haram, patutkah kita mengatakannya halal. Contohnya, jika kita membeli setin 'pork' dan ada tanda halal di tin itu, adakah ia dikira halal? Yang haram, tetap haram, dan yang halal tetap halal. Sebagaimana hadis Rasulullah saw ;

"Perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan yang ada di antara keduanya adalah syubhah".

Hal ini menunjukkan kita akan membezakan antara yang haram dan hala itu, tapi amat sukar sekali. Jika makanan itu tidak dapat dipastikan statusnya, ia dikira syubhah. Mengenai syubhah ini, terdapat hadis yang bermaksud, "
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau". Jadi untuk keselamatan rohani kita, adalah baik untuk kita mengambil apa yang kita yakini akan hukumnya halal sahaja. Hal ini bukan termaktub untuk makan kita sahaja, malahan segala perlakuan kita.

Dialog B + C nyer main point :
Dalam dialog ini, kita dapat lihat yang Kak Ros langsung tidak menitik berat hal halal/haram. Apa sahaja yang ada, pakai main masuk mulut jer. Dalam berbelanja, kita bukan sahaja kena berjimat cermat, malahan hendaklah memastikan benda yang kita beli adalah halal dan berkualiti (berkhasiat+tidak memudaratkan bagi makanan). Kita kena ingat hadis nie ;

"Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka api neraka adalah lebih utama untuknya".

Hah? Camner? Rasulullah saw sendiri memberi amaran bahawa orang yang makan dari sumber yang haram, maka nerakalah tempatnya nanti. Lau difikir dan dikaji secara mendalam lagi, makanan haram nie bukan jer makanan yang dibuat dari pork n anjing, bahkan yang mengkhayalkan( arak, dadah), yang datang dari duit yang haram(rasuah, hasil curi, duit anak yatim) dan banyak lagi, insya Allah semua orang dah khatam bab tu ek?.

In a nutshell, jomlah kita sama2 menjauhi diri kita dari benda yang haram, dengan itu insya Allah kita akan lebih dekat dengan Allah swt.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment