Saturday, January 31, 2009

taNda-taNda akhir Zaman~

Baru-baru ini ana ada terbaca sebuah buku, tajuknya '99 Peristiwa Ajaib Yang Mengubah Dunia'..dalam buku ini dimuatkan 99 tanda-tanda akhir zaman..ana pun tak pernah terbaca buku cam nie..dlm buku nie, ada yg mungkin ana boleh kongsi bersama iaitu..diakhir zaman nanti akan ada ramai yg akan mewarnakan rambutnya dgn warna hitam, nescaya untuk menutup uban2 mereka..
Diriwayatkan oleh Abu Daud di dlm kitabnya, yg bersumber dari Ibn Abas r.a, ia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Akan ada di akhir zaman nanti orang2 yg mengecat rambut mereka dgn warna hitam, sperti tembolok burung merpati, dan mereka tdk akan mencium bau syurga." (HR Abu Daud)

Dan benar sekali apa yg dikatakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w itu, pada masa kini ramai yang menyembunyikan uban2 mereka di sebalik dye itu, agar tampil lebih muda..jadi ana rasa apa kata kita memakai hijab, jd tak payah lah susah2 nak colour rambut, sbb memang dah ttutup..dosa pun kurang..insya Allah..moga2 kita sentiasa di bawah hidayahNya..

Dan satu lg tanda2 akhir zaman yg diulas dlm buku ini ialah..salam hanya pd orang yg dikenalinya..Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dlm Musnadnya, yg bersumber dari Ibnu Mas'ud r.a berkata, telah bersabda Rasullulah s.a.w :

" Sesungguhnya di antara tanda2 kiamat, seseorang akan memberi salam kepada yg lain, yg tdak diucapkannya melainkan kerana sudah dikenalinya." (HR Ahmad)

Masya Allah..benar sekali apa yg Rasullulah s.a.w sabdakan itu..di zaman ini, apabila kita mengucapkan salam kpd orang yang kita tdk kenali, mungkin sekali orang itu memandang pelik kpd kita, walhal kita hanya mendoakan kesejahteraannya..Muslim hari ini telah menjadi lupa, atau sengaja melupakan salam-satu bentuk penghormatan yg bernilai tinggi yg dpt mewariskan kasih sayang...ada pula yg menggantikan "Assalamualaikum.." dgn "Hai" atau "Hello"...mungkin terbiasa, tapi sama2lah kita betulkan..

Dan ada banyak lagi tanda2 kiamat yg dikupas dlm buku ini, Insya Allah ana akan sambung di post yg seterusnya...wassalam..

No comments:

Post a Comment