Showing posts with label Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah. Show all posts

Monday, July 19, 2010

aduhai sebaik-baik perhiasan

Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?
www.iluvislam.com
oleh:private_xplorers
(dipetik dari blog WEWR ~khabar dari urdun~)

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

Wednesday, January 6, 2010

OBSESS CANTIK??

OBSESS CANTIK??

Sememangnya tidak dapat dinafikan oleh manusia dan termasuk ana sendiri bahawa wanita adalah salah satu bukti kebesaran Allah yang terhebat di antara berjuta juta buktiNYA yang lain. Dalam membicarakan hal muslimah, ana yakin memang kita tidak akan terlepas dari topik istimewa ini, obsess cantik?..Siapa yang tidak ingin kelihatan cantik. Setiap manusia menyukai kecantikan dan keindahan, malah Allah SWT sendiri mengaitkan diriNYA dengan sifat cantik dan menyukai kecantikan. Tetapi, perlu diingat kerana sesungguhnya, kecantikan dalamanlah yang akan menyerlahkan kecantikan luaran...

Perintah Allah supaya kaum wanita menutup aurat ada salah satu hikmah supaya wanita lebih kelihatan cantik dan terjaga.. perumpamaannya adalah sgt simple..contohnya, jika kita ingin membeli jam dan terdapat dua pilihan jam yang sama. Yang membezakannya hanyalah 1 jam yang diletakkan begitu sahaja di luar dan satu lagi tersimpan rapi di dalam kotak..Yang mana satukah akan kita pilih? Cuba tanye diri kita. Dan ana sememangnya yakin tentu pilihan adalah jam di dalam kotak kerana jam tersebut tidak tercemar dari habuk2 yang berterbangan..bebas daripada disentuh oleh manusia yang lalu lalang.

Setiap yang difirmankan oleh Allah memang ada hikmahnya yang kita harus fikir..Firman Allah yang selanjutnya yang bermaksud:

“Wahai nabi. Suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar) ; Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu”
(al-Ahzaab : 59)

Kita sepatutnya sangat bersyukur kerana Allah menujukan ayat ini khas untukmu wahai muslimah..tidak dinafikan memang kecantikan boleh diukur daripada sudut fizikal tetapi tiada gunanya mempunyai wajah cantik tapi hati yang berpenyakit kerana hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Dalam apa jua keadaan sekalipun ,utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia..
Sahabat2 muslimah, Rasulullah sentiasa mengajar kita agar sentiasa berdoa memohon agar dikurniakan akhlak yang indah dan mulia sama seperti Allah memperindahkan ciptaan diri dan jasad kita selaku manusia.

“Ya Allah sebagaimana Engkau memperindah kejadianku, perindahkanlah juga budi pekertiku......


Dan untuk akhirnya, kepada sahabat-sahabatku, ingatlah bahawa Islam tidak menggariskan bahawa nilaian manusia itu diukur dengan rupa paras, bukan juga pada pangkat dan harta, tetapi adalah melalui sekeping hati..Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)