Showing posts with label Ceritera Teladan. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Teladan. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Ibrahin bin Adham, dari raja yang mewah kepada ahli sufi yang zuhud

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”
“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.
“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.
Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.
Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.
Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”
Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.
“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.
“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.
“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.
“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.
Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”
Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.
Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”
Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.
“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz.

Thursday, February 3, 2011

Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Bila Hari Hujan?


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam

dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu

dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya

Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar

seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat

dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan

seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini

masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika

hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca

sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada

anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah

hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun

yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan

risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada

pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih

ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari

siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula

mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di

rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar

dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun

sekali lagi tiada jawapan.


Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam

memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak

menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah

perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini

yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk

pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan

dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi

saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap

anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu

lagi diketatkan di leher.


Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini

setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi

ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.

Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu

dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang

hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.

Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang

berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya

yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah

yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang

sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada

makhlukNya yang penyayang ....

Thursday, November 4, 2010

Perbualan bakal bayi dengan Tuhannya

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

  • Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

Friday, June 4, 2010

GhulaM

Haddab bin Khalid menceritakan kepada kami daripada Hammad bin Salamah

daripada Sabit bin Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa Rasulullah

SAW bersabda:


"Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir.

Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; "Usiaku telah lanjut,

berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya

ilmu sihir." Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir

kepadanya. Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib.

Maka ghulam bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik

dengannya. Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan

bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia

mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; " Apabila kamu takut

kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat.

Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan

aku pulang lewat." Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia

bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang

ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata; "Pada hari ini, aku akan mengetahui

adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal." Maka dia

mengambil seketul batu lalu berdoa; "Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu

sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai

dapat lalu-lalang." Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang

ramai dapat lalu lalang.


Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata,

"Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya

aku melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kamu akan

diuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku." Ghulam

tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak

dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit.


Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah

kebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan

membawa hadiah yang banyak. Beliau berkata; "Semua yang aku kumpulkan ini

adalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku." Ghulam

menjawab; "Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan

hanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepada-

Nya, maka Dia akan menyembuhkan kamu." Lalu beliau beriman, maka Allah

menyembuhkan penyakitnya. Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliau

duduk di sisi raja sebagaimana sebelumnya. Raja berkata kepadanya; "wahai Fulan,

siapakah yang telah mengembalikan penglihatanmu?" Beliau menjawab;

"Tuhanku." Raja bertanya lagi; "Apakah kamu mempunyai tuhan selainku." Beliau

menjawab; "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah." Beliau terus menerus diseksa

sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun dibawa

menghadap. Raja berkata kepadanya; "Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu

telah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai

lagi yang kamu lakukan." Ghulam menjawab; "Aku tidak boleh menyembuhkan

sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah." Maka dia pun diseksa. Dia terus

menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib. Maka rahib dipanggil

lalu dikatakan kepadanya; "Tinggalkan agamamu." Rahib enggan berbuat demikian

lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalah

tubuhnya terbelah dua.


Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya; "Tinggalkan

agamamu." Dia enggan lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya

sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan

kepadanya; "Tinggalkan agamamu." Dia enggan lalu dia diserahkan kepada

sekumpulan tentera raja. Raja berkata; "pergilah kamu semua membawanya ke

bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia

meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, maka

campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut.

Ghulam pun berdoa; "Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu

sukai." Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh. Ghulam pun pulang untuk

menemui raja. Raja berkata kepadanya; "apakah yang telah dilakukan oleh kawankawan

kamu?" ghulam pun menjawab; "Allah telah menyelamatkan aku daripada

mereka." Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata;

"pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan,

jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika

tidak,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu dia

berdoa; ; "Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai." Maka

sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk

menemui raja. Raja berkata kepadanya; "apakah yang dilakukan oleh kawankawan

kamu?" dia menjawab; "Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka."


Kemudian dia berkata kepada raja; "Sesungguhnya kamu tidak boleh

membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh." Raja berkata;

"Apakah dia?" ghulam menjawab; "Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan

lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak

panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah

"Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam," dan panahlah aku. Sekiranya kamu

melakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku." Maka raja pun mengumpulkan

orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok,

kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan

meletakkan pada busarnya. Selepas itu raja berkata; "Dengan Nama Allah, Tuhan

ghulam," sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut

kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan

tangannya pada tempat panahan dan meninggal. Orang ramai pun berkata; "Kami

beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman

dengan Tuhan ghulam." Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; "Apakah

tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah

menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman." Lalu raja memerintahkan

supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata; "Sesiapa yang tidak kembali

kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya." Mereka pun

melaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan dengan

membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu

bayinya berkata; "Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas

kebenaran."


Sahih Imam Muslim.


Firman Allah;

"Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Parit) api yang dipenuhi

bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka

menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan

mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman

kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha terpuji."

(Al-Burujj : 4-8)


Note kaki : Hadis ini berkisar mengenai seorang budak dalam mempelajari akidah Islam. Contohilah budak itu. Untuk

Maklumat lanjut mengenai huraian per kata hadis ini, boleh didownload.

Friday, January 8, 2010

Nothing Impossible

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri.




Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.




Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin”




Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.




Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil
bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin”.

read more...

Thursday, January 7, 2010

Hargailah dia....

HARGAILAH DIA.....

Assalamualaikum wbt...

Angin sejuk sepoi2 masuk ke bilik ana.. ana jenguk ke luar tingkap, nyamannya udara dan begitu indahnya ciptaan Allah. Terasa bertuahnya ana kerana dapat menikmati nikmat keindahan malam dan angin yang diciptakan ini.. Terase diri ini begitu kerdil. Teringat kembali kepada Firman Allah yang bermaksud:

“maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”
(Ar-Rahmaan)

“Ya Allah, aku amat bersyukur kerana Engkau sentiasa menjagaku dan tidak putus2 memberi nikmat padaku. Terima kasih ya Allah, Engkau adalah sebaik2 penjagaku,”doa kutitipkan dalam hatiku...Wajah ma dan ayah terbayang2 di minda ana..tbe2 ana tringat kepada satu peristiwa..peristiwa ini terjadi ketika ana di hospital Bukit Mertajam Pulau PInang..semoga dari cerita ini kita akan lebih berfikir tentang ibu kita yang telah bersusah payah menjaga kita dari kecil hingga dewasa..Hargailah dia, ibu kita....

Ada patient kat luar, yang nie kecemasan.. itulah kata seorang staff dari bahagian emergency. Ini bermaksud pesakit tersebut baru dimasukkan ke hospital. Tanpa membuang masa , ana dan seorang sahabat segera bangun dari kerusi.Terus kami menolak katil ke dalam bilik x-ray..seorang nenek yang sngat tue sedang terbaring dengan mata terpejam. Rasa simpati yang menggunung terus menusuk hati ana. Apabila kulihat pada borang nenek tersebut, tertulis umurnya yang sudah menjangkau hampir 86 tahun..

Disebabkan patient tersebut kelihatan seperti sngt uzur, juru xray yang membuat projection tersebut. Ana serta sahabt sekadar membantu..Tolong tinggikan sikit kaki patient nie, kita nak ambil x-ray pada bahagian pelvis. Ketika ana cuba mengangkat kakinya sedikit, die tbe2 mengerang kesakitan. Walaupun simpati, ana terpaksa berbuat demikian..Dalam hati ana terdetik, mane anak2 nenek ini. Mengikut kebiasaan, pesakit tua akan ditemani oleh anak2 mereka..

Ketika itu juga, kami terpaksa menahan satu bau yang sangat menusuk hidung.. rupa-rupanya katil tersebut telah basah . Dari situ ana sudah dapat agak. Semakin simpati terhadapnya. Sementara menunggu gambar x-ray diproses, patient tersebut tidak dibenarkan keluar sehingga imagenya keluar dan dipastikan ok. Ketika itu ana melihat bibir nenek tersebut bergerak2. Segera ana dekatkan telinga dekat dengan pipinya..

“sejuk, sejuk”

Segera ana selimutkan badannya. Dengan keadaan katil yang sudah basah, tentulah nenek tersebut berasa sejuk..ana amati wajah nenek.. entah apa yang berada di pikirannya.. ana berjalan untuk melihat , ada atau tidak anaknya di luar. Tapi yang ana lihat, cuma patient yang sedang menunggu giliran dan beberapa orang staff emergency yang sedang duduk. Tidak lama kemudian, juru x-ray tersebut memanggil kami dan nenek tua itu dibawa keluar dari bilik x-ray.

Terkejut ana bila melihat gambar x-ray nenek tersebut. Patutlah dia mengerang kesakitan ketika ana mengangkat kakinya. Dari image pada bahagian pinggangnya(pelvis), acetabulum dan femoral head, nenek tersebut telah berlaku dislocation yang sangat teruk. Dan pada bahagian tulang paha juga telah berlaku closed fracture@patah. Menurut juru x-ray tersebut, jika dilihat pada dislocation & fracture pada tulang nenek itu, keadaan ini sebenarnya bukan terjadi pada hari ini atau kelmarin. Yang menjadi persoalannya, kenapa nenek tersebut baru dihantar ke hospital..kenapa tiada siapa yang menemaninya sedangkan dia baru dihantar ke hospital...Tiada siapa yang tahu.

Bukan bermaksud untuk memburukkan siapa2 kerana ana tahu kita tidak boleh berburuk sangka dengan sesiapa. Ana teringat Firman Allah SWT yang bermaksud:

“wahai orang-orang yang briman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di natara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. .....”
( Al-Hujurat :12)


Cume ana terfikir, sebenarnya ada pengajaran yang kita boleh ambil iktibar daripada cerita ini. kita seharusnya sangat prihatin dengan orang2 yang kita sayang seperti ibu kita. Kalau dahulu, ibu kita sanggup berjaga malam untuk menjaga kita semasa sakit. Menemani kita setiap masa agar kita tidak berseorangan. Sentiasa memeriksa lampin agar kita sentiasa selesa dan tidak kesejukan. Namun, berapa ramaikah anak-anak yang mampu berbuat demikian kembali jika ibu mereka sendiri pula yang sakit. Berapa ramaikah yang sanggup mengambil cuti untuk menjaga ibu yang sakit. Persoalan inilah yang kita harus selalu tanya dan selalu muhasabah diri kita. Hargailah ibu kita sementara mereka masih bersama kita. Hargailah dia dan gembirakanlah hatinya sentiasa. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan memblas jasa ibu..

Wednesday, January 6, 2010

INDAHNYA TAWAKAL...

INDAHNYA TAWAKAL ....

Redha dan tawakal sepenuhnya kepadaNYA..ana pasti tentu setiap insan pernah merasainya..di sini ada sebuah kisah benar yang menggambarkan indahnya tawakal kepadaNYA kerana ALLAH tidak pernah menghampakan orang yang sentiasa redha dan tawakal dengan setiap yang menimpanya...Bersangka baiklah denganNYA....


Nur Izzah Batrisya..satu nama yang cukup cantik pada pandanganku. Namun apabila umurnya menginjak 1 tahun, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa terhadap bayi comel ini. Kutahu, betapa abang dan kakakku begitu terkejut dengan apa yang sedang dialami oleh anak comel mereka. Izzah telah didiagnose menghidap meningitis(infection of the brain). Hari pertama di ICU, doktor mengatakan mereka terpaksa memberi ubat tidur kepadanya untuk mengelakkan daripada shock terus berlaku yang mana jika tidak dikawal boleh mendatangkan kecacatan pada bahagian otak. Hari kedua kami dikejutkan pula dengan permintaan doktor yang meminta agar air spinal cord(tulang belakang) Izzah diambil bagi mengetahui virus apakah yang berada di dalam kepala Izzah sekarang..menurutnya stakat ini ubat yang terbaik telah diberi dan kami harus berdoa semoga ubat itu adalah ubat yang terbaik yang mampu melawan infection tersebut.

Ketika itu, dapat kulihat air mata mengalir di pipi kakak iparku..abangku cuba menelefon dan bertanya tentang effect jika air spinal cord tersebut diambil..setelah dibincang dengan ahli keluarga, abangku mengambil keputusan untuk tidak membenarkan procedure itu dibuat.

“sekiranya memang ditakdirkan Izzah akan meninggalkan kita, maka dia tetap akan pergi. Jangan sakiti badannya. Allah mengetahui apa yang terbaik untuknya. Allah mengetahui akan hati2 kita. Yakin dengan Allah, redha denganNYA”


Abangku pasrah sambil berkata kata-kata ini. Kagumku pada abang yang begitu redha dengan apa yang berlaku. Terdetik dalam hatiku, kiranya memang ditakdirkan Izzah lebih disyangi oleh Allah, kami akan meredainya . Tetapi belum sempat abangku memberitahu doktor tentang jawapanya, satu lagi kejutan yang terpaksa kami terima pada hari yang sama. Doktor meminta kebenaran untuk membuat ujian MRI(magnetic resonance imaging) untuk melihat sama ada, ada darah beku atau tidak in Izzah’s brain. Hal ini kerana, aktiviti kepalanya terus menurun daripada paras normal. Dan doktor mengesyaki bahawa kemungkinan besar terdapat darah beku di dalam kepala Izzah.. sekiranya ada, surgery perlu dilakukan secepat mungkin bagi menyelamatkannya..Ketika itu hanya Allah yang tahu akan isi hati kami..pada hari yang sama, Izzah dibawa kehospital lain untuk menjalani test itu..

Perasaan yang sangat sedih, takut itulah yang dialami olehku sebagai ahli keluarga. Air mata sentiasa mengalir kerana takutnya bila memikirkan jika Izzah tidak akan membuka mata lagi. Abangku terdiam kerana kutahu sememangnya tiada kata yang dapat menggambarkan perasaannya melihat satu-satunya anak kesayangannya sedang bertarung dengan maut...
Ketika menunggu keputusan dari doktor, kami sekeluarga telah membuat smbahyang hajat di rumah. Doa demi doa dititipkan moga Allah memberi kesabaran kepada kami semua terutamanya untuk abang dan kakak iparku. Aku yang turut sama menunggu keputusan ujian dengan abang berasa sangat takut. Tiba2 abangku berkata,

“dalam hati setiap manusia, terdapat kekuatan yang tidak akan terurai kecuali dengan menerima kehendak Allah. Dan hati yang hidup inilah yang yang mampu merasai betapa indahnya tawakal”


Semakin kagum aku dengan abang yang begitu teguh dengan sikap tawakalnya. Alhamdullilah, keputusannya telah menggembirakan kami. Tiada darah beku. Maha Suci Allah Yang Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Dan seterusnya ialah kami perlu menunggu Izzah sedar esok kerana doktor memberinya ubat tidur hanya untuk dua hari sahaja. Jadi, esok adalah hari penentu. Jika dia tidak sedar, bermaksud ada sesuatu yang perlu dilakukan.

Keesokkan harinya, Izzah sedar agak lewat iaitu pada waktu malam. Kedua-dua matanya menjadi juling kerana penyakit tersebut. Alhmadulilah, sebulan lebih selepas itu, Izzah dibenarkan keluar dari hospital. Sekarang, Alhamdullilah dia semakin sihat. Matanya juga tidak ketara julingnya. Walaupun sekarang terdapat atropy(reducing in size) pada otaknya, doktor sangat terkejut kerana pada hakikatnya Izzah sudah menjadi seperti kanak2 normal. Perkembangannya adalah tidak seperti yang diramal oleh doktor berdasarkan pada pada xray kepalanya. Sesuatu yang x terjangka oleh kami, tapi itulah yang dapat kukatakan, indahnya tawakal dalam redhanya..
Aku yakin, inilah hikmahnya apabila bersangka baik dengan apa ketentuan yang Allah takdirkan. Doa itu adalah senjata muslim. Allah sentiasa mendengar akan doa2 kte. Rahmat Allah itu sngat luas, jadi janganlah berputus asa dengan rahmatNYA...Janji2 Allah adalah benar, untuk hamba-hambanya yang berusaha...

Allah berfirman: “Berdoalah kepadaKU, nescaya akan kuperkenankan doamu”
(Surah al-Mukmin : 60)


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
(Surah Asy-Syarh : 5-6)

Monday, January 4, 2010

Kisah Kapur dan Pemadam

assalamualaikum wrt...




       kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...

       Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.

      Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

read more to know more..

Kisah Cawan



 

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, 


read more to know more...