Saturday, June 26, 2010

SENARAI NAMA RECRUIT FASSMA

MUHAMAD ARIF BIN AHMAD RADZI
ASASI SAINS UiTM PUNCAK ALAM

WAN HAFIZI BIN WAN ISHAK
ASASI SAINS HAYAT
UNIVERSITI MALAYA

MUHAMMAD ASYRAF BIN OTHMAN
ASASI SAINS
UiTM PUNCAK ALAM

MUHAMMAD AFIQ BIN KHALID
INTERNATIONAL BACCALAUREATE/MEDICINE
KOLEJ MARA BANTING

IEZZAH IBURDANISHA BINTI IBRAHIM
ASASI UNDANG-UNDANG KPTM
UiTM SHAH ALAM

NURLIANA BINTI ZULBAHRI

ASASI KEJURUTERAAN UiTM PUNCAK ALAM

NOR HASLINDA BINTI ABDULLAH
SAINS FIZIKAL
KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

NURUL ATIQAH BINTI ABD. KAMAL
MATEMATIK
IPG TUANKU BAINUN, PULAU PINANG


SITI AISYAH BINTI ZAKARIA
AKAUN
INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL


Tuesday, June 15, 2010

Monday, June 14, 2010

Hasbi Needs Ur Help

salam..post kali nie ana bkn nak kongsi cerita@hadis paper..tapi ana nk kongsi satu kisah sedih yang melanda sorang budak mlaysia yg sdg blajar kat india.utk tahu kisah lanjut, bolehlah ke http://hasbineedshelp.blogspot.com/ .
kesimpulan, dia sgt memerlukan bantuan kewangan dr kita. silalah klik ke blognya. anda tidak akan rugi apa2.. syukran jazilla. moga bantuan kita akan dpt meringankan beban yg ditanggung nya dan ibu bapanya. semoga dia dpt blajar dengan tenang slps berbulan2 dgn kes ni..
wassalam..

Saturday, June 12, 2010

Maher Zain - Open Your Eyes

OPEN YOUR EYES

Look around yourself, cant you see this wonder

Spreading from the view, the clouds floating by

The skies are clear n blue, planets in the orbits

The moon and the sun such perfect harmony

Lets start question in ourselves, isnt this proof enough for us?

Or we are so blind to push it all aside..?

No..

We have just to open our eyes, our hearts, our minds

If we just look bright to see the signs

We cant keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way, guide us every single day

Keep us close to You until the end of time

Look inside yourself such a perfect order

Hiding in yourself, running in your veins

What about anger, love and pain?

And all the things you are feeling

Can you touch them with your hands?

So are they really there

Lets start question in ourselves, isnt this proof enough for us?

Or we are so blind to push it all aside..?

No..

We have just to open our eyes, our hearts, our minds

If we just look bright to see the signs

We cant keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way, guide us every single day

Keep us close to You until the end of time

When a baby is born so helpless and weak

And youre watching him growing

So why deny, what is in front of your eyes

The biggest miracle of life

You create everything

We belong to you

Ya Rabb, we raise our hands

Forever we thank you

Saturday, June 5, 2010

Bau jenazah

Bau jenazah anggota sukarelawan sewangi kasturi

2010/06/05

ALLAH itu Maha Berkuasa. Kunfayakun, jika dikata jadi, pasti akan berlaku. Kuasa Allah juga jelas ditunjukkan ketika kejadian serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara Ahad lalu yang disaksikan bukan seorang malah hampir kebanyakan sukarelawan Malaysia yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.

Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Ilias cukup terpegun apabila melihat sekumpulan ikan lumba-lumba berenang laju mengiringi kapal itu sejam sebelum serangan dimulakan seakan memberi tanda sesuatu yang buruk sedang hampir di belakang mereka.
“Sepanjang perjalanan, ada juga kami memancing, tetapi jangankan dapat ikan, bayangnya juga tiada, tetapi entah dari mana datangnya, tiba-tiba sekumpulan ikan lumba-lumba ada di belakang kapal mengiringi kami. Ia bagai satu tanda.

“Banyak sebenarnya kejadian pelik yang dapat dilihat sepanjang insiden itu. Antaranya, angin kuat yang muncul tiba-tiba setiap kali komando Israel membaling bom asap pemedih mata. Banyak yang mereka lontar tetapi satu pun tak jejaskan kami. Tak ada seorangpun cedera atau pedih mata.

“Tiap kali bom itu meletup, ada angin kuat menolak asap ke arah lain. Beberapa orang di kalangan kami pula boleh dengan selamba mengutip bom kosong itu umpama mengutip bertih jagung dan membuangnya ke laut. Tak langsung terasa gentar,” katanya.

Menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, pula ia disifatkan sebagai bantuan Allah yang mengirimkan tenteranya untuk menghulurkan bantuan. Malah, kejadian ikan lumba-lumba itu juga membuktikan kekuasaan Allah.

Jamuliddin menyambung ceritanya dengan berkongsi satu senario pelik dan lucu di mana ramai tentera Israel yang lari dan tak berani menghampiri beberapa sukarelawan yang hanya mempertahankan diri menggunakan botol air mineral.
“Bukannya berbahaya pun. Sekadar baling botol mineral ke bot mereka. Kelam kabut mereka lari. Apabila mereka berpatah balik, kami mengacah dengan tangan kosong, itupun mereka cuba mengelak.

“Paling tidak boleh dilupakan, ketika kami semua sudah ditawan, ada beberapa rakan lain yang cedera parah diangkut dengan pengusung ke helikopter dan melalui kami. Terharu rasanya kerana meskipun kecederaan mereka sangat parah, tiada langsung tanda kesakitan di wajah mereka.

“Malah mereka masih tersenyum dan melambai gembira ke arah kami. Salah seorang daripadanya dikhabarkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Doktor perubatan dari Haluan Malaysia, Dr Arba’ai Shawal, pula masih jelas terbayang bau wangi umpama kasturi yang dihidu dari tiga jenazah sukarelawan Turki sebelum beliau melangkah keluar dari Mavi Marmara.

“Saya pernah ke gua di mana menjadi tempat nabi disembunyikan ketika perang Uhud yang baunya masih kuat sehingga kini. Bau tiga jenazah itu memang sama dengan bau itu. Sebak di hati saya kerana wajah mereka juga tidak seperti baru menempuh kesakitan. Nampak seakan tersenyum,” katanya.

Burung layang-layang di tengah laut dan hinggap di atas kapal pastinya pelik. Ini kerana burung itu selalunya terbang berkawan dan tidak ada di tengah laut. Namun, ia disaksikan sukarelawan Malaysia dari Muslim Care Malaysia, Halim Muhamad Redzuan beberapa jam sebelum serangan udara dilancarkan tentera Israel.

“Ia mungkin nampak seperti tidak ada apa-apa petanda tetapi bagi saya ia cukup pelik dan luar biasa. Apatah lagi, ia muncul beberapa ketika sebelum serangan udara dilancarkan,” katanya.

Mustapa Mansor dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia pula menyifatkan tidak ada apa yang lebih menyentuh perasaannya dan di luar kebiasaan apabila melihat beberapa Ahli Parlimen dari pelbagai negara sanggup tidur di lantai bersama sukarelawan lain sebagai tanda bersatu berjihad untuk penduduk Palestin.

Sumber: Berita Harian

Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan

Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan


2010/06/05

STESEN televisyen Turki menunjukkan askar Yahudi ceroboh kapal Mavi Marmara ketika cuba menyekat   bantuan kemanusiaan ke Gaza.
STESEN televisyen Turki menunjukkan askar Yahudi ceroboh kapal Mavi Marmara ketika cuba menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Peristiwa sedih, lucu, pelik tersirat pengajaran buat aktivis kemanusiaan ke Gaza

(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)

KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.
Perjalanan itu, meskipun tidak sempat menghabiskan misi kerana diserang komando Israel, cukup bermakna dalam membuka pelbagai pintu rahsia. Semua petugas umpama baru tamat dalam satu proses pendidikan mengenali erti kemanusiaan dan kehidupan sebenar sebagai hamba Allah.
Empat bulan lalu, hampir setiap hari saya membaca petikan Surah Al‘Imran yang bermaksud: “Para syuhada dianggap hidup di sisi Allah dan sentiasa meminta izin daripada-Nya untuk balik ke dunia dan bertemu dengan pejuang yang masih hidup bagi mengirimkan pesanan supaya jangan takut serta sedih.”

Ketika ayat itu dibacakan setiap hari, sebenarnya saya masih menaruh harapan supaya dibenarkan menyertai misi itu dan Alhamdulillah, berkat izin-Nya, saya akhirnya mendapat kesempatan itu sebagai rombongan terakhir bersama beberapa rakan lain selepas lapan petugas sudah pun bertolak lebih awal ke Istanbul.

Pada 22 Mei, kami bersama dua wakil media Astro Awani, tiba di lapangan terbang di Istanbul dan terpaksa bergegas, berlari ke kaunter tiket untuk mendapatkan pesawat ke Antalya, sebuah pelabuhan di Selatan Turki.

Keadaan kelam-kabut itu semata-mata untuk mendapatkan pesawat domestik dan ketika itu mulut ini tidak berhenti berzikir dan berdoa supaya kami berpeluang dan dapat tiba ke destinasi tepat pada masanya kerana tidak mahu terlepas kumpulan rombongan dan akhirnya, melegakan apabila kami dapat masuk ke pesawat lima minit sebelum ia berlepas.
Dalam pesawat itu, saya duduk di sebelah jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip yang jelas kelihatan masih terpinga-pinga dan seakan belum tahu apa kemungkinan bakal dihadapi dalam misi ini sedangkan dalam pemikiran saya sudah terbayang beberapa perkara yang boleh berlaku termasuk diserang oleh tentera Israel.

Hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga kami semua tabah menghadapi sebarang kemungkinan terutama apabila membayangkan kapal kami mungkin dibom, ditawan atau diheret sekiranya memasuki perairan Israel.

Di Antalya, kami ditempatkan di sebuah kompleks sukan selama empat hari iaitu sejak 23 hingga 27 Mei kerana terpaksa menunggu rombongan dari Eropah dan sepanjang tempoh itu, semua sukarelawan terpaksa tidur bertilamkan lantai di ruang terbuka.

Subuh pertama kami di kompleks itu, azan dilaungkan oleh sukarelawan dari Malaysia untuk mengajak semuanya bersembahyang jemaah kerana sebelumnya dilihat kebanyakan orang hanya solat sendirian dan ia juga menjadi detik pemula di mana semuanya bersatu, malah saya sendiri berkesempatan menyampaikan kuliah Subuh dalam bahasa Arab di depan semua orang.

Masih saya ingat, ketika kuliah itu, saya membacakan sepotong ayat – “Hasbunallah Wanikmal Wakil” yang bermaksud memadailah Allah sebagai wakil kami. Ayat itu juga yang dilihat sentiasa disebut di mulut, menjadi zikir ramai orang termasuk mereka dari negara lain sepanjang memijakkan kami di kapal Mavi Marmara.

Masih jelas terbayang di mata saya, begitu ramai masyarakat dari serata dunia termasuk Eropah yang datang sendiri ke kompleks sukan itu dan merayu mahu turut serta dalam rombongan itu tetapi khabarnya hanya sebahagian dibenarkan.

Sebenarnya, banyak kisah menarik untuk dikongsi bersama sepanjang kami di kompleks sukan itu termasuk jeritan seorang warga tua dari Turki ketika dikatakan rombongan itu bakal ditangguh lagi – “Tiga tahun pun akan kami tunggu!”

Di kompleks sukan itu, sempat juga saya berbual dengan anak, Syaima Amatullah, menerusi laman facebook dan dia ada bertanya – “Abah takut tak?” dan jawab saya ketika itu – “Bukankah abah selalu baca ayat dari Surah Al-Imran.” Kenyataan saya itu dipanjangkan anak saya kepada hampir semua rakannya dalam laman web itu.

Tanggal 27 Mei, bermulalah perjalanan jihad kami apabila dibawa menaiki bas yang diiring polis serta disambut meriah oleh ribuan penduduk bandar Antalya dengan memenuhi tepi jalan, melambai serta mengibarkan bendera Turki dan Palestin, selain sebahagiannya membunyikan hon, riuh rendah sama seperti suasana ketika majlis perkahwinan di negara itu.

Terpegun seketika apabila tiba di kapal Mavi Marmara kerana berbeza sekali dengan gambar yang saya lihat. Tak sangka rupa-rupanya kapal setinggi empat setengah tingkat itu begitu besar. Pemeriksaan kastam untuk masuk ke kapal begitu ketat sehinggakan kabel pengecas telefon bimbit tiga pin turut dirampas kerana dilihat berbeza dengan kabel dari negara lain yang hanya ada dua pin.

Masuk saja dalam kapal, saya bersama beberapa rakan lain membuat sujud syukur. Sebahagian yang lain kelihatan masih terpaku kerana seakan tidak percaya akhirnya dapat memijakkan kaki di kapal itu. Ketika itu, ada seorang ahli tarikat berusia 84 tahun berkata - “Aku ke sini untuk turut serta dalam perjuangan Palestin. Apa guna sekadar berzikir jika tidak berjuang bersama.”

Kami diberi makan ala kadar. Sebenarnya jika tak diberi makan pun tak apa sebab tak langsung rasa lapar. Kami makan sekadar untuk mengelakkan lemah dan tidur pun sekadar untuk memastikan badan bertenaga.

Perjalanan kami terhenti di Cyprus pada 28 hingga 30 Mei kerana menunggu kapal lain untuk menyertai konvoi. Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk ceramah oleh ulama di dalam kapal. Apabila kapal bergerak kembali, satu amaran sudah diberi pada malam 30 Mei kerana mereka nampak ada lampu berkelip di udara yang disyaki helikopter.

Kami juga nampak seakan ada lampu kapal lain bagaikan cuba menghampiri. Ketika itu kami diminta berkumpul dalam kumpulan 15 orang dan dibekalkan jaket keselamatan serta satu topeng gas untuk dikongsi sesama ahli kumpulan.

Jam 1 pagi, keadaan kembali tenang kerana tiada lagi tanda kapal berhampiran, namun kami diminta tidur di luar untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Jam 3 pagi, kami dikejutkan dengan sorakan takbir lantaran kumpulan di belakang kapal melihat ada sekumpulan ikan lumba-lumba mengiringi kapal.

Episod serangan bermula sejurus selepas solat Subuh yang ketika itu dirasakan Subuh terakhir kami. Kelihatan beberapa bot menghampiri kami dan helikopter yang berlegar melemparkan bom asap pemedih mata, namun peliknya ia langsung tidak menjejaskan kami kerana tiap kali bom dilempar, ketika itu juga angin akan bertiup kencang menolak asap.

Meskipun keadaan huru-hara dan seakan tidak terkawal, kebanyakan kami tidak terasa gentar. Saya sendiri ditembak di bahu kanan dengan peluru getah tetapi sakitnya hanya sekejap. Malah, ketika ditawan, beberapa kali saya dipijak dan ditendang oleh komando Israel dengan kuat, namun tak pula terasa sakit atau ada kesan lebam.

Selepas ditawan dan diikat dengan tali kabel selama lebih 15 jam, ada di kalangan kami yang berpuasa, namun tidak pula terasa lapar atau lemah. Ketika itu kami hanya ingat Allah. Kekejaman komando Israel bukan sekadar tak beri makan minum, malah tak juga benarkan ke tandas sehingga ada yang terkencing dalam seluar.

Air pun hanya diberi sebotol untuk dikongsi beramai-ramai. Itupun dalam keadaan tangan diikat. Bayangkan betapa kuatnya talian persaudaraan di kalangan kami, meskipun ada yang berlainan agama apabila sesama kami menuang air ke mulut rakan yang lain bersilih ganti.

Di Ashdod, pelabuhan di Israel, kami tidak lagi menerima layanan seburuk di kapal kerana ketika itu kami diuruskan oleh pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Israel yang nyata terpaksa melayan dengan baik lantaran sudah menerima tekanan dari kedutaan lain.

Dibawa ke penjara yang masih baru, kami ditempatkan dalam sel besar dengan empat orang sebilik. Ketika itu, sesuatu yang sangat melegakan apabila kami dapat mandi dan membersihkan diri. Tidak berapa lama ditahan kerana akhirnya kami dibebaskan selepas dikunjungi wakil kedutaan Jordan yang memang ditugaskan untuk membebaskan sukarelawan Malaysia dan Indonesia.

Teringat lagi bagaimana berani sekali seorang Ahli Parlimen Kuwait ketika menaiki bas untuk ke Jordan. Sempat dia turun semula ke tangga dan menjerit minta dia dibawa kembali ke sel dengan alasan tidak mahu dibebaskan. Jelas sekali dia seakan mencabar pegawai Israel.

Lucu pula melihat akhirnya pegawai Israel itu pula yang merayu meminta dia naik semula ke dalam bas. Itu semua akibat tekanan kuat yang diberikan kedutaan negara lain yang begitu ramai berkumpul di situ.

Masih sebak di hati ini apabila mengenangkan rakan dari Turki yang tak dibebaskan ketika kami sudah menaiki bas kerana kedutaan mereka belum tiba. Salah seorang warga Turki ada memanggil saya, memeluk dan menangis sambil menawarkan duit poket kerana beranggapan semua barang termasuk dompet saya sudah dirampas.

Sejak dibebaskan pada jam 4.30 petang, Subuh keesokan harinya baru kami sampai di sempadan Israel – Jordan, dan sesuatu yang sangat mengujakan apabila terpandang bendera Malaysia dikibarkan. Ketika itu terasa betapa pemimpin negara kita begitu mengambil berat, malah ketika kami menghubungi Perdana Menteri yang berada di Laos pada jam 2 pagi, beliau masih berdaya menjawab telefon dan menitip pesan kepada kami.

Orang pertama yang saya hubungi sejurus tiba di Jordan dan diberi hadiah sebuah telefon bimbit jenama Nokia dengan kredit panggilan sebanyak sembilan dinar ialah isteri yang kedengaran masih tenang meskipun dalam beberapa laman web sudah beranggapan saya sudah tiada.

Banyak sebenarnya pengajaran yang diperoleh daripada semua kejadian ini di mana ia pasti menguatkan iman kami selain sedar kita hanya insan kerdil yang sudah diaturkan Allah nasibnya serta bersatu seluruh bangsa dunia untuk menentang kekejaman Israel.

(Penulis, bekas Pensyarah UTM yang juga Pengerusi Aqsa Syarif adalah antara 10 sukarelawan Malaysia dalam misi keamanan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui kapal yang diserang Israel baru-baru ini).

sumber:berita harian

Friday, June 4, 2010

Why Baba Ali accepted ISLAM?

Allahi Allah kiya Karo


Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics

GhulaM

Haddab bin Khalid menceritakan kepada kami daripada Hammad bin Salamah

daripada Sabit bin Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa Rasulullah

SAW bersabda:


"Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir.

Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; "Usiaku telah lanjut,

berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya

ilmu sihir." Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir

kepadanya. Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib.

Maka ghulam bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik

dengannya. Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan

bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia

mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; " Apabila kamu takut

kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat.

Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan

aku pulang lewat." Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia

bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang

ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata; "Pada hari ini, aku akan mengetahui

adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal." Maka dia

mengambil seketul batu lalu berdoa; "Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu

sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai

dapat lalu-lalang." Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang

ramai dapat lalu lalang.


Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata,

"Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya

aku melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kamu akan

diuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku." Ghulam

tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak

dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit.


Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah

kebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan

membawa hadiah yang banyak. Beliau berkata; "Semua yang aku kumpulkan ini

adalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku." Ghulam

menjawab; "Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan

hanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepada-

Nya, maka Dia akan menyembuhkan kamu." Lalu beliau beriman, maka Allah

menyembuhkan penyakitnya. Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliau

duduk di sisi raja sebagaimana sebelumnya. Raja berkata kepadanya; "wahai Fulan,

siapakah yang telah mengembalikan penglihatanmu?" Beliau menjawab;

"Tuhanku." Raja bertanya lagi; "Apakah kamu mempunyai tuhan selainku." Beliau

menjawab; "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah." Beliau terus menerus diseksa

sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun dibawa

menghadap. Raja berkata kepadanya; "Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu

telah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai

lagi yang kamu lakukan." Ghulam menjawab; "Aku tidak boleh menyembuhkan

sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah." Maka dia pun diseksa. Dia terus

menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib. Maka rahib dipanggil

lalu dikatakan kepadanya; "Tinggalkan agamamu." Rahib enggan berbuat demikian

lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalah

tubuhnya terbelah dua.


Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya; "Tinggalkan

agamamu." Dia enggan lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya

sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan

kepadanya; "Tinggalkan agamamu." Dia enggan lalu dia diserahkan kepada

sekumpulan tentera raja. Raja berkata; "pergilah kamu semua membawanya ke

bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia

meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, maka

campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut.

Ghulam pun berdoa; "Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu

sukai." Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh. Ghulam pun pulang untuk

menemui raja. Raja berkata kepadanya; "apakah yang telah dilakukan oleh kawankawan

kamu?" ghulam pun menjawab; "Allah telah menyelamatkan aku daripada

mereka." Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata;

"pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan,

jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika

tidak,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu dia

berdoa; ; "Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai." Maka

sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk

menemui raja. Raja berkata kepadanya; "apakah yang dilakukan oleh kawankawan

kamu?" dia menjawab; "Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka."


Kemudian dia berkata kepada raja; "Sesungguhnya kamu tidak boleh

membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh." Raja berkata;

"Apakah dia?" ghulam menjawab; "Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan

lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak

panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah

"Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam," dan panahlah aku. Sekiranya kamu

melakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku." Maka raja pun mengumpulkan

orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok,

kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan

meletakkan pada busarnya. Selepas itu raja berkata; "Dengan Nama Allah, Tuhan

ghulam," sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut

kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan

tangannya pada tempat panahan dan meninggal. Orang ramai pun berkata; "Kami

beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman

dengan Tuhan ghulam." Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; "Apakah

tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah

menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman." Lalu raja memerintahkan

supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata; "Sesiapa yang tidak kembali

kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya." Mereka pun

melaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan dengan

membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu

bayinya berkata; "Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas

kebenaran."


Sahih Imam Muslim.


Firman Allah;

"Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Parit) api yang dipenuhi

bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka

menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan

mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman

kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha terpuji."

(Al-Burujj : 4-8)


Note kaki : Hadis ini berkisar mengenai seorang budak dalam mempelajari akidah Islam. Contohilah budak itu. Untuk

Maklumat lanjut mengenai huraian per kata hadis ini, boleh didownload.

Air Batu Campur

Salam. Kali ni kami nak kongsi satu info 'sihat' berkenaan AIS. Tak sah minum air tanpa ais tapi tahukan anda bahwa ais tidak elok untuk kesihatan? Jadi, elakkan minum ais untuk kesihatan berpanjangan, kerana Allah suka kepada hambaNya yang kuat.

Antara disadvantages ais:

  • Meningkatkan kemungkinan mendapat paru-paru berair.

    Cuba perhatikan permukaan luar gelas yang ada ais di dalamnya. Terdapat titisan air di luarnya kan? Begitulah akan terjadi dalam badan kita. Apabila kita minum minuman berais, saluran esophagus dan alveolus berhampiran menjadi sejuk. Akibatnya, udara di sekeliling esophagus dan alveolus akan terkondensasi menjadi titisan air. Air akan mulai terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses ini berterusan (terus menerus minum minuman berais), semakin banyak air yang terkumpul didalam alveolus dan melimpah ke alveolus yang lain. Ingat, alveolus tu sangat sangat kecil! Apabila air semakin banyak, proses 'diffussion of CO2 and O2' menjadi less efficient. Akibatnya, mudah semput bila bersukan.


     

  • Makanan susah hadam terutamanya makanan berminyak dan merosakkan perjalanan usus.

    Ais membekukan makanan berminyak, dan akan memperlahankan penghadaman. Lebih banyak tenaga digunakan untuk menghadamkan makanan. Jadi, anda akan jadi lagi kuat makan. Lama-kelamaan, lemak yang yang tak hadam akan terkumpul di dalam usus.


     

  • Merosakkan pembuluh darah dan Kemungkinan mendapat serangn jantung.

    Tidak diketahui prosesnya. Pembuluh darah yang rosak menyebab serang sakit jantung (rosak saluran darah di jantung), dan mungkin lebih teruk iaitu stroke (rosak saluran darah di bahagian otak). Ketahuilah bahawa 60% pesakit jantung tidak bangun selepas tidur! Stroke menyebabkan separuh atau keseluruhan badan lumpuh jika ajal belum tiba @ kematian!


     

  • Mengemukkan.

    Lemak tidak hadam dan terkumpul dalam badan. Blood cholesterol level akan naik. Consequentnya, darah tinggi, sakit jantung, atherochlorosis, dan menggemukkan.


     

  • Jangkitan kuman dalam usus.

    Berkemungkinan ais yang dijual dibuat dengan air yang belum dimasak, terutamanya ais yang berketul besar (untuk letak kat ikan kat pasar). Air tidak seperti makanan, ia terus ke perut (stomach). Terlalu banyak kuman boleh menyebabkan cirit-birit dan menyebabkan anda terpaksa makan ubat Pil Chi Kit Tech Aun. J

Note kaki: Kesan mungkin lebih teruk / kurang teruk pada individu yang lain. Untuk maklumat lanjut, layarilah buku teks medic.

P/S : paru-paru berair juga boleh disebabkan mandi lewat malam. Proses yang sama berlaku di alveolus. Jadi, jangan mandi lewat malam!