Friday, August 28, 2009

kEsiLapaN mUSLIm dLM bULaN RaMadHaN

Assalamualaikum...insya Allah pada kali ni ana nak kongsi 12 kesilapan kerap Muslim time Ramadhan tanpa disedari..moga2 selepas nie sama2lah kita berubah yer..





1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)



2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)



3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)



4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.



5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.




6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.




7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)




8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.




9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)




10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)




11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.




12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.

Nabi SAW telah menyebut :-


Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ).



Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih).

Tuesday, August 25, 2009

SultaN ahMad FateH

Hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai pembebasan Konstantinopal.



Sabda Nabi s.a.w ketika menggali Parit Perang Khandaq : "Konstantinopal ( Istanbul hari ini ) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.



(Hadis Riwayat Ahmad)



Hari ini sejarah hebatnya masih diingati. Ketokohannya sering menjadi contoh dan tauladan. Semangatnya tidak pernah padam tikamana Nabi s.a.w menyebut kota besar itu akan dibebaskan.



Siapa tahu tikamana umat Islam yang kecil di Madinah, sedang menggali parit, dengan jumlah yang tidak ramai, tiba-tiba Nabi s.a.w menjanjikan suatu yang sangat besar bagi ummat?



Ibarat kita hari ini yang akan menjatuhkan Amerika Syarikat dan Israel Yahudi yang menjadi kuasa besar, sedang umat sangat kecil dan lemah.



Tapi janji Nabi s.a.w adalah janji yang benar. Janji Allah s.w.t tidak pernah

dimungkiri oleh Nya.



Kita mesti belajar dari sejarah. Mesti mengambil iktibarnya. Mesti belajar darinya.



"Ambillah iktibar, wahai orang yang berakal. ( Al - Hasyr : 2 )






Potret Sultan Muhammad Al - Fateh



















GABENOR YANG HODOH

Suatu masa, wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh Gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki yang kacak wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbirannya, sehingga rakyat amat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya.

Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi Gabenor Khurasan yang baru. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan tidak begitu menarik.

Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang Gabenor Qutaibah ini yang bunyinya begini ;

Semasa Yazid mentadbir Khurasan,

Semua wajah kelihatan ceria,

Pintu2 nikmat dan kemewahan terbuka luas,

Tapi kini, diganti oleh monyet,

Di sekitarnya berwajah hodoh dan menakutkan..

Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, Gabenor baru ini amat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetapi si penyair terus melarikan diri dan menyembunyikan diri buat sekian lama. Akhirnya dia tidak tahan lagi bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya.

Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana Gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat daripada ibunya.

Tanya Qutaibah : “Dengan wajah apa engkau datang berjumpaku?”

“Dengan wajah yang kuguna untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik terhadapku dari aku berbuat baik kepadaNya. Dia tidak marah padahal kesalahanku kepadanya adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu.”

Qutaibah ketawa dan suka mendengarkan alas an si penyair itu. Lalu, dia pun dibebaskan .

Agak-agaknya, what is the moral of this story???

1) Rupa paras tiada nilainya di sisi Allah swt, yang membezakan hambaNya di sisiNya hanyalah iman dan takwa. Means that, how handsome/beautiful is he/she, doesn’t mean he/she will get into the heaven..but, it’s all about ur ‘ketaqwaan’ which helps u in the hereafter…insya Allah..

2) Selalulah memaafkan kesalahan orang lain..sedangkan Allah swt ampunkan dosa kita yang tinggi menggunung, lebih tinggi dari Gunung Everest, inikan pula kesalahan kawan kita yang seciput macam cengkodok tu..

3) Cepat2lah meminta maaf jika kita berbuat kesalahan dgn orang lain, sbb selagi kita tidak meminta maaf, slg itulah hati kita resah, kan?! And kita tak tahu bila ajal kita + ajal orang yang kita wat salah tu kan?

Wallahualam..

Lelaki@WAnita??

SAPA LEBIH TINGGI TARAFNYA, LELAKI @ WANITA?

Hari tu ana join satu program kat tempat ana study nie, which is called I-Explore III.. tapi rasanya tak payahlah ana nak huraikan pasal program tu pulak.. pa yang ana nak kongsi kat sini adalah tntang debate yang kitaorang wat time program 2..tajuknya adalah “seperti tertera di atas”….hehehe..

Erm, memang banyaklah yang ana dapat dari debate 2..jom kita tengok point yang digunakan sebagai peluru bagi setiap kumpulan…

KUMPULAN 1 : MENYOKONG TARAF LELAKI LAGI TINGGI DARIPADA WANITA..

Peluru2nya ialah:
1. Hak berpoligami..(tak pyah nak dihuraikan lg kan)..
2. Hak memimpin sbg ketua keluarga, negara etc.
3. Hak menjatuhkan talak (cerai)
4. Hak wali dalam memilih suami untuk anaknya
5. etc..sbb banyak sgt , siap dengan dalil2 sekali..

KUMPULAN 2 : MENYOKONG TARAF WANITA LAGI TINGGI DARIPADA LELAKI…

Peluru2 bagi kumpulan ini pula ialah:
1. Syurga di bawah telapak kaki ibu
2. Had hadhanah (penjagaan anak lepaz bercerai)
3. Hak memilih isteri untuk suaminya
4. Fasakh/khuluk
5. Hak nafkah
6. etc..sbb banyak sgt , siap dengan dalil2 sekali..


Moral of the story :

1. Sebenarnya.. tidak ada sape lagi tinggi taraf dari sape, kerana SEMUANYA SAMA DI SISI ALLAH SWT. Yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa kita kepada Allah swt. Jika lagi tinggi iman dan taqwanya, maka lagi tinggilah tarafnya di sisiNya.. taraf di sisi Allah tidak dapat dibezakan dengan jantina, kerana lelaki mahupun perempuan semuanya dapat masuk syurga, dan keduanya pun dapat masuk neraka..so, jgn sesekali jadikan factor jantina sbg penyebab anda tak dapat masuk syurga ya kawan2..sama2 lah kita berdoa agar kita sentiasa di bawah keredhaanNya..amiin..

2. Memang tak dapat dinafikan, lelaki@wanita dilebihkan dalam sesuatu perkara..tetapi..ingatlah kawan2..ALLAH ITU MAHA ADIL.. jika Dia kurangkan sesuatu untuk anda di sini, pasti Dia lebihkan sesuatu untuk anda di sana..jika dia kurangkan sesuatu untuk anda disana, pasti dia lebihkan sesuatu untuk anda di sini…jadi lelaki@wanita sebenarnya adalah sama taraf, TETAPI…


3. Wanita tidak boleh sama taraf dalam lelaki dalam sesetengah hal, dan lelaki tidak boleh sama taraf dalam sesetengah hal..for example: lelaki berpoligami, wanita pun nak berpoligami jugak..wanita mengandung, lelaki pun nak mengandung jugak..tak boleh yer sahabat2..Allah itu Maha Adil..telah diletakkan sesuatu itu olehNya memang sesuai pada tempatnya…

Jadi tak payahlah kita membahaskan apa yang terang lagi bersuluh..n tak payahlah nak join any club yang memperjuangkan hak asasi wanita @ lelaki, kerana keduanya sudah sama-sama terbela di dalam Islam..

Sama2lah kita renungkan….

raMadhan al-Mubarak

ABU HURAIRAH R.A TELAH MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH SAW BERSABDA :





Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang

istimewa yang

belum pernah diberikan kepada sesiapa sebelum mereka.

Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa

adalah terlebih

harum di sisi Allah swt daripada bau haruman kasturi.

Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka

sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan

menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian

berfirman kepadanya :



‘Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaku

yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan

yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.’



Pada bulan ini syaitan-syaitan durjana dirantaikan supaya tidak

menggoda mereka ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada

bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan

Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini)

akan diampuankan.”



Maka sahabat-sahabat Rasulullah saw puan bertanya;

“Wahai pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?”

Dijawab oleh Rasulullah saw;



“Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu

diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya.”